Tv Al-Hijrah merupakan stesen televisyen yang menggalas tanggungjawab dalam mempromosikan gaya hidup Islam, sentiasa meletakkan kepentingan dakwah Islamiah sebagai roh dan orientasi penyiarannya. Ini termasuk dalam meletakkan komitmen untuk menjadi stesen televisyen utama negara yang meraikan hari kebesaran Islam menurut Sunnah Baginda Rasullullah S.A.W.
Namanzee Harris sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah berkata TV AlHijrah ini masih mengekalkan tradisi sebagai sebuah stesen televisyen utama di Malaysia yang meraikan hari kebesaran Islam dengan penuh barakah.
“TV Al Hijrah telah memilih untuk meraikan Zulhijah secara umumnya dan Aidiladha secara spesifiknya dengan melancarkan kempen Program Haji 1443H bermula 20 Jun 2022 hingga 13 Julai 2022.
Tema pada tahun ini Baitullah Bertemu Kembali diangkat menjadi latar, tema dan panduan kepada kandungan yang ditayangkan di stesen ini sepanjang kempen haji 1443H berlangsung.
“Tema ini juga turut jelas menyatakan objektif penyiaran kami sepanjang Zulhijah ini iaitu menjadi stesen pemangkin inspirasi yang mendorong keinginan penonton semua untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah apabila berkemampuan” katanya.
Namanzee yang ditemu sewaktu Majlis Sidang Media PELANCARAN kEMPEN 1643H berkata, cabaran dalam mencorak arah serta hala tuju program-program yang terbaik dan menarik untuk disajikan buat penonton tidak pernah mematahkan semangat stesen TV AlHijrah untuk terus berbakti kepada penonton.
TV AlHijrah membariskan 9 program yang menarik dan terbaharu yang disediakan khas buat santapan rohani penonton disamping program-program yang sedia ada.
Saksikan bual bicara Live “Labbaikallah” yang telah memasuki tahun kesepuluh siaran yang bakal dikemudi oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah dan Ustaz Azhar Ghazali. “Sembang Haji” yang membincangkan isu-isu haji dan menjawab persoalan serta tanda tanya dalam kalangan masyarakat, “Tangisan Di Baitullah” yang memaparkan seleksi kisah penghijrahan mereka yang rindu untuk meratap dan bermuhasabah diri di Baitullah untuk dijadikan pedoman penonton.
Paling istimewa, TV AlHijrah bakal menyiarkan “Munajat Arafah” yang akan bersiaran secara langsung selama 17 jam bermula seawal 5 pagi sehingga 10 malam bersempena hari Arafah.
Rancangan “Perisitiwa Arafah” yang memberikan gambaran kepada penonton kehidupan di Padang Mahsyar serta ibrah daripadanya. Program-program menarik lain yang turut disusun khas adalah seperti “Musafir Agung”, “Seikhlas Hati”, program masakan “Camca”, “Riwayat Akhir Zaman” dan “Interaktif Haji”.
Rancangan-rancangan menarik Kempen Haji 1443H di TV AlHijrah turut boleh dinikmati menerusi aplikasi telefon bimbit stesen ini yang dikenali sebagai AlHijrah Plus. Lebih 5000 program ilmu pendidikan serta hiburan berlandaskan Islam dapat ditonton bila-bila masa dan di mana sahaja.