TESCO Stores (Malaysia) Sdn Bhd bakal ‘mengambil alih’ platform e-dagang, Shopee pada Tahun Baru Cina (CNY) ini sempena Super Brand Day (SBD) yang pertama tahun ini.
Kempen selama tiga hari itu berlangsung bermula hari ini sehingga 15 Januari, dengan Super Brand Day pada 15 Januari akan menyaksikan peruncit itu mengadakan diskaun pada barangannya hingga serendah 50 peratus serta terbitan 2,000 keping baucar untuk pelanggan.
Ketua Pegawai Eksekutif Tesco, Paul Ritchie berkata, Tesco memahami bahawa musim perayaan memerlukan perbelanjaan yang banyak dan sebagai peruncit terkemuka Malaysia, tumpuan utama syarikat itu pada tahun baru ini adalah untuk membantu pelanggan menguruskan kos sara hidup seharian mereka.
“Sejak 2016 kami melaburkan usaha kami untuk melancarkan strategi harga jangka panjang, mengekalkan harga kami pada harga yang berpatutan tanpa menjejaskan kualiti demi membantu pelanggan.
“Kami kini ingin memperluaskan pendekatan ini kepada pelanggan kami yang berbelanja dengan kami di Shopee. Bersempena dengan debut SBD, kami menawarkan 2,000 keping baucar untuk direbut oleh pelanggan menerusi permainan dan pertandingan yang akan diadakan di platform Shopee semasa tempoh kempen,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, menerusi langkah itu, Tesco bukan sahaja membantu pelanggan untuk menguruskan kos sara hidup, tetapi pada masa sama menjadikannya seronok.
Tesco kini menawarkan1,600 barangan di Shopee dengan lebih daripada 400 produk jenamanya sendiri, Tesco Own Brand (TOB).
Dalam memperjuangkan produk berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan untuk pelanggan, harga rangkaian produk TOB adalah pada purata 10 peratus lebih murah daripada jenama terkemuka negara, malah kira-kira 80 peratus daripada TOB dibuat oleh perusahaan kecil dan sederhana tempatan.
Tesco 3-in-1 Coffee (RM7.99) yang terdapat dalam tiga jenis meningkat daripada segi populariti jika dibandingkan dengan jenama kopi segera yang terkemuka lain dan Tesco Teh Tarik (RM8.99) serta Tesco Choco Malt 2kg (RM24.76) kini menjadi kegemaran ramai untuk dinikmati ketika minum petang.
Detergen pakaian 4.4kg Tesco yang terdapat dalam bentuk cecair dan dijual dengan harga serendah RM18.99 turut membantu banyak isi rumah Malaysia menguruskan perbelanjaan keperluan isi rumah mereka.
Pembuat roti Tesco yang dijual pada harga RM198 juga menjadi perbualan dalam kalangan mereka yang membuat roti kerana membolehkan mereka untuk bereksperimen dengan roti yang berlainan perisa.
Rangkaian produk bayi Tesco iaitu Fred & Flo (dahulu dikenali sebagai Tesco Loves Baby) terus menjadi antara produk terlaris di kedai rasmi Shopee kerana nilai, keselesaan dan kualiti yang sangat baik.
Produk Fred & Flo, termasuk lampin, losyen, dan kain lap bayi, semuanya direka bentuk untuk memenuhi piawaian dari United Kingdom, di samping dihasilkan di Malaysia untuk memastikan harga jualan yang berpatutan.
Lampin Fred & Flo pilihan ramai terdapat dalam dua jenis iaitu lampin bayi yang mempunyai pita pelekat atau seluar bayi, dengan saiz boleh didapati daripada S hingga XXL.
Kain lap bayi Fred & Flo juga muncul sebagai kegemaran orang ramai untuk ibu bapa serta individu yang hanya menggunakannya sebagai kain pembersih.
Mengulas lanjut, Ritchie berkata, Tesco menjadi peruncit pertama di Malaysia melancarkan penghantaran atas talian sendiri melalui Tesco Online pada 2013 yang menunjukkan pertumbuhan ketara selama ini.
“Kerjasama kami dengan Shopee pula telah membolehkan kami memperluaskan lagi penembusan atas talian kami dan menjangkau lebih banyak pelanggan atas talian di seluruh negara termasuk pelanggan di Sabah dan Sarawak, di mana kami belum mempunyai cawangan lagi.
“Kami komited pada perkongsian strategik jangka panjang dengan Shopee dan Tesco SBD adalah salah satu daripada banyak inisiatif yang telah kami rancang,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, Tesco adalah nama yang terkemuka dalam dunia pasar raya besar.
“Tesco semakin berkembang di platform Shopee sejak Ogos 2018 dan keputusan mereka untuk bekerjasama dengan kami sebagai pasar raya besar pertama pada 2020 untuk menjalankan SBD dan mengambil bahagian dalam Jualan Tahun Baru Cina Shopee kami adalah tanda komitmen mereka untuk mengembangkan lagi saluran e-dagang.
“Tidak lupa juga bahawa tawaran eksklusif dan promosi tanpa henti daripada Tesco akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia, terutamanya yang meraikan Tahun Baru Cina,” katanya.
Acara membeli-belah SBD Tesco akan menampilkan promosi hebat, hiburan dan keistimewaan eksklusif.
Di samping itu, pelanggan di Lembah Klang yang membuat pembelian sebelum jam 2 petang dapat menikmati penghantaran hari berikutnya (tidak termasuk hari Ahad dan cuti umum) dan untuk menikmati tawaran menarik Tesco, layari shopee.com.my/m/tesco.