Tantangan penyelam tiram di Muar

SEBUT sahaja bandar raya Muar, pasti ramai yang akan mengingati mi bandung atau sate.

Paling tidak ialah keunikan bangunan-bangunan lama yang masih utuh di Bandar Maharani Bandar Diraja itu.

Namun, seperkara yang barangkali masih yang tidak tahu ialah kehidupan nelayan yang mencari rezeki di Sungai Muar.

Berdasarkan catatan menerusi Facebook Sungai Muar, Sungai Muar menjadi saksi kemunculan permulaan satu kuasa besar Kesultanan Melayu Melaka yang mana menyaksikan Parameswara lari dari Temasik menyelusuri Sungai Muar dan membuat kota di tebing sungai tersebut.

Sungai Muar sepanjang 285 kilomter yang bermula dari kuala Sungai Muar hingga ke hulunya dan berakhir di Tasik Talang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan sesungguhnya sangat berjasa kepada nelayan tempatan di situ.

SUNGAI Muar kaya dengan hidupan tiram.

SUNGAI Muar kaya dengan hidupan tiram.

Bagi golongan itu, Sungai Muar kaya dengan hidupan tiram semula jadi (crassostrea spp) yang bermutu tinggi manakala penggemar makanan laut menyifatkan isi tiram Muar segar dan menyelerakan.

Isi tiram boleh dinikmati dengan pelbagai cara seperti dimakan mentah, dipanggang, digoreng, tumis berlada dan dijadikan sos tiram.


Menariknya, terdapat gerai dan medan selera yang menyajikan masakan tersebut di beberapa lokasi bandar pencen itu.

Liku utama

Tinjauan Bernama di Pangkalan Nelayan Parit Tiram yang menjadi lokasi pendaratan tiram yang diperoleh dari dasar Sungai Muar mendapati, kaedah memperoleh hidupan sungai itu masih dilakukan secara tradisi iaitu secara dengan cara menyelam tanpa menggunakan peralatan menyelam yang sudah dipraktikkan sejak turun-temurun.

TRADISI mengutip tiram ini kemungkinan akan lenyap kerana suatu ketika dulu terdapat kira-kira 100 penyelam sekitar Muar tetapi kini hanya 10 nelayan yang meneruskan usaha tradisi itu.

TRADISI mengutip tiram ini kemungkinan akan lenyap kerana suatu ketika dulu terdapat kira-kira 100 penyelam sekitar Muar tetapi kini hanya 10 nelayan yang meneruskan usaha tradisi itu.

Beberapa nelayan yang ditemui mengakui, Sungai Muar kaya dengan hidupan tiram dan pasarannya sangat tinggi.

Namun pekerjaan sebagai penyelam bukan sesuatu yang mudah kerana seseorang penyelam itu memerlukan banyak tenaga untuk bertahan mengutip tiram di dasar sungai yang berarus deras.

Seorang nelayan yang juga penyelam muda, Muhammad Syaifuddin Mohd Saat, 30, berkata, penyelam biasanya menyelam sedalam enam meter dengan menahan pernafasan selama kira-kira dua minit.

“Ia merupakan cabaran utama penyelam ketika mencari tiram di dasar Sungai Muar,” katanya.

Beliau menambah, penyelam yang meneroka dasar Sungai Muar perlu berpaut pada pancang atau batang kayu yang dipacak ke dasar sungai bagi mengelak daripada dihanyutkan arus, sebelum mengutip tiram.

“Proses itu mesti dilakukan berulang kali. Tekanan dan arus yang kuat ketika menyelam boleh menyebabkan telinga kita berdarah dan boleh menyebabkan seseorang itu pekak.

“Oleh itu hanya orang tertentu (penyelam) dan latihan berterusan sahaja yang kekal dalam pekerjaan menyelam ini,” katanya.

PENYELAM tiram, Muhammad Syaifuddin Mohd Saad (kiri) mengaut hasil tiram setelah menyelam didasar sungai Muar baru-baru ini.

PENYELAM tiram, Muhammad Syaifuddin Mohd Saad (kiri) mengaut hasil tiram setelah menyelam didasar sungai Muar baru-baru ini.

Muhammad Syaifuddin yang sudah enam tahun menjadi penyelam berkata, disebabkan cabaran tersebut, golongan muda kini tidak berminat untuk menjadikan penyelam sebagai kerjaya di samping terdapat dalam kalangan ibu bapa tidak menggalakkan anak mereka menjadi nelayan.

Bagaimanapun, tradisi mengutip tiram ini kemungkinan akan lenyap kerana suatu ketika dulu terdapat kira-kira 100 penyelam di sekitar Muar tetapi kini hanya 10 nelayan yang meneruskan usaha tradisi itu.

Ketika tinjauan proses mencari tiram di Pangkalan Nelayan Parit Tiram itu, terdapat lima penyelam muda yang sanggup melakukan kerja berkenaan.

Seorang nelayan yang juga penyelam yang masih aktif, Nasir Kassim, 50, berharap lebih ramai anak muda menceburi kerjaya tersebut kerana pendapatan daripada tiram adalah lumayan.

Tiram yang diperoleh dari Sungai Muar itu dipasarkan kepada peraih yang kemudiannya dijual kepada pengusaha restoran dan medan selera serta dieksport ke Singapura.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *