Tip segak, kemas buat si jejaka sepanjang Syawal
DALAM sibuk meraikan Syawal selama sebulan, jangan lupa untuk sentiasa tampil segak dan menawan. Selain wanita, golongan jejaka juga wajar menitikberatkan aspek penampilan diri terutamanya ketika mengunjungi sanak saudara mahupun menghadiri rumah terbuka. Menurut Perunding Imej, Syaheerah Hanis Che Kamarudin, tata rias asas lelaki adalah sama seperti rutin asas wanita bermula daripada hujung rambut hingga…