Loji janakuasa arang batu kekal penyumbang utama penjanaan kuasa di Asia
KUALA LUMPUR – Loji janakuasa arang batu akan kekal menjadi penyumbang utama dalam penjanaan kuasa Asia, sekurang-kurangnya buat masa ini, ketika dunia beralih kepada ekonomi yang lebih hijau dan mampan. Penggunaan arang batu nampaknya mengalami penurunan jangka panjang sebelum pandemik Covid-19 bermula tetapi sekatan pergerakan sepenuhnya di seluruh dunia dan pergolakan ekonomi telah mendorong peningkatan…