Infak al-Quran beri harapan baharu buat penerima
IPOH – “Saya tak fasih membaca al-Quran, saya harap ibadah saya diterima ALLAH walau dengan membaca terjemahan.” Itu antara reaksi penerima program infak al-Quran yang digerakkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) di sini. Perkara itu dikongsi Penyelaras Rumah Ngaji Perak, Noor Mazlina Noor Shah dalam misi penyerahan sumbangan berkenaan kepada penduduk di beberapa lokasi penempatan…