“Saya pilih busana sendiri, bukan Jovian.”- Nina
JARUM jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Seperti yang dijanjikan, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri hadir dalam persalinan sut rona biru gelap di pekarangan butik Jovian Mandagie, Bangsar, Kuala Lumpur. Sebaik sahaja melangkah ke dalam perut butik, isteri kepada pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie itu menzahirkan kelegaan kerana sempat tiba bertemu kru Femina pada masa ditetapkan….