Bursa Malaysia catat sejarah laksana AGM secara maya sepenuhnya
BURSA Malaysia Bhd mencatat sejarah dalam dunia korporat Malaysia apabila menjadi syarikat pertama di negara ini yang mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) secara maya sepenuhnya. Pengendali bursa itu melaksanakan AGM ke-43 secara dalam talian semalam sebagai langkah melindungi kesihatan dan keselamatan pemegang saham berikutan keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ekoran pandemik koronavirus (Covid-19)…