Perdagangan barter akan dilaksanakan semula di Labuan
LABUAN akan melaksanakan semula aktiviti perdagangan barter tradisional untuk memacu ekonomi pulau bebas cukai ini kembali seperti yang dirancang, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim. Oleh itu, katanya Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengemukakan permohonan kepada kementerian yang berkaitan. “Semasa zaman kegemilangan perdagangan, ekonomi Labuan adalah baik, justeru kami akan memohon untuk melaksanakan semula…