Perak tarik pelaburan RM100 juta pengeluaran mineral silika, kuarza
PERAK berjaya menarik pelaburan awal bernilai RM100 juta bagi tujuan pengeluaran dan pemprosesan bahan mineral berasaskan kuarza dan silika di kawasan Perindustrian Kanthan, Mukim Ulu Kinta. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, projek kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan Jinjing Silicon Technology Sdn Bhd itu melibatkan pembinaan kilang pemprosesan bahan mineral secara…