TNB ceburi perniagaan infrastruktur Gentian Optik
TENAGA Nasional Bhd (TNB) bersedia menerokai perniagaan kesalinghubungan yang menyediakan infrastruktur gentian optik bagi jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) berikutan kejayaan projek perintis Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) di Jasin, Melaka. Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie berkata, TNB melihat wujud potensi dalam perniagaan kesalinghubungan dan mempertimbangkan secara berhati-hati untuk menceburi bidang ini. “Kami…