The Primadona Series inspirasi karakter Erra Fazira
SOFEAROSE secara eksklusif melancarkan koleksi hijab terbaharu mereka, The Primadona Series dengan mempertaruhkan tiga koleksi berlainan cerita. Ia hasil kolaborasi idea bersama pelakon, penyanyi dan juga primadona filem Melayu, Fazira Wan Chek atau nama popularnya, Erra Fazira. Lakaran kehidupan seorang primadona yang pernah dilalui selebriti terkenal itu cuba diterjemahkan ke dalam hijab berkenaan. Pengarah Seni…