Enam pesawat A380 Super Jumbo Malaysia Airlines masih untuk dijual
MALAYSIA Aviation Group Bhd (MAG) belum membuat sebarang keputusan mengenai status pesawatnya, Airbus A380-800, yang masih untuk dijual, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kapten Izham Ismail. Beliau berkata, buat masa ini, kesemua enam pesawat super jumbo itu tidak beroperasi. “Kami sedang berunding dengan pembeli berpotensi. Terdapat pertanyaan dan ia kekal sulit,” katanya ketika ditemui pemberita…