Sleep Mood by Satin yang diperbuat daripada fabrik leece mewah tersebut direka dengan sepasang lubang tangan mesra pengguna sebagai ciri keselamatan tambahan.
Pengarah Operasi Satin Alpha Oil Field Sdn Bhd, Azman Zaidy Abu Hassan berkata, selimut kalis kebakaran berkenaan bukan sesuatu yang baharu kerana ia telah digunakan secara meluas di peringkat global terutamanya dalam industri penerbangan dan perubatan.
“Bagaimanapun, penggunaannya masih kurang dalam kalangan pengguna di kediaman. Justeru, idea (menghasilkan selimut kalis kebakaran) ini timbul susulan berlakunya tragedi kebakaran yang meragut nyawa kanak-kanak pada ketika mereka sedang tidur,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Tambah beliau, dengan adanya Sleep Mood by Satin, ia membantu memberi pelindungan sementara mangsa menanti ketibaan pasukan keselamatan.
“Hasil kajian yang dijalankan turut mendapati selimut kalis kebakaran ini berupaya memperlahankan proses penyebaran api daripada terus marak, sekali gus mengurangkan kesan terbakar,” jelasnya lanjut.
ANEKDOT
Sleep Mood by Satin: