SkyBox menampilkan SkyWorld Development terhadap trend kehidupan bersama yang kian popular baru-baru ini.
PROJEK perintis kediaman bersama oleh SkyWorld Development Berhad, SkyBlox @ SkySanctuary di Setapak mencapai rekod tertinggi penarafan Sistem Penilaian Kualiti untuk Kerja Pembinaan Bangunan (Qlassic) oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) pada 86 peratus.
Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld Development, Lee Chee Seng berkata, rekod itu merupakan penarafan tertinggi yang pernah dicapai syarikat, menekankan kualiti mutu kerja pembinaan yang mematuhi Piawaian Industri Pembinaan (CIS 7:2006).
Menurutnya, SkyBlox ialah konsep kehidupan bersama inovatif yang pertama seumpamanya Kuala Lumpur, dengan reka bentuk pasang siap dan sistem modular membolehkan penyingkiran dan penempatan semula unit dengan mudah, memberikan fleksibiliti untuk pembangunan masa depan.
“Terdiri daripada 320 bilik dengan pilihan katil bujang, katil saiz queen atau katil dua tingkat, SkyBlox menawarkan ruang kediaman berkeluasan antara 106 kaki persegi hingga 160 kaki persegi (9.84 – 14.86 meter persegi).