SKY MIRROR ( The Amazing Paradise )

Terdapat suatu tempat yang menarik dari segi pemandangan yang cantik untuk dilawati oleh pengunjung dan pelawat dari negara luar. Tempat ini dinamakan sebagai Pantai Cermin yang terletak di Kuala Selangor, Malaysia. Mereka telah melancarkan jeti rasmi milik mereka yang telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Mohamed Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor pada bulan September 2017

Seterusnya  seperti yang semua maklum, Kuala Selangor adalah sebuah bandar kecil yang terletak di Selangor. Ia mengambil masa selama satu jam setengah  bagi yang memandu dari Kuala Lumpur. Dulu  dikenali sebagai ibu kota kerajaan Selangor, ia mempunyai kepelbagaian sejarah, alam semua jadi dan kaya dengan hidupan liar. Sehingga terjadinya penemuan pantai cermin. Kuala Selangor juga sebuah kota yang tenang yang ekonominya didorong oleh industry perikanan di selat Melaka.

Selain itu, Pantai Cermin adalah sebuah pulau  misteri yang hanya akan muncul selama berberapa hari setiap bulan iaitu pada 1 dan 15 bulan lunar dan 4 hari sebelum atau selepas tarikh, atau ketika permukaan laut rendah. Cermin raksasa ini dijuluki sebagai Salar de Uyuni dari Malaysia, selepas keajaiban semula jadi yang serupa terjadi di Bolivia

Bagi mereka yang gemar untuk mendapatkan gambar yang menarik bolehlah  hadirkan diri bersama rakan – rakan ,keluarga, dan pasangan dan tak perlu untuk menghabiskan duit untuk ke luar negara semata- mata untuk mendapatkan seni foto Salar de Uyeni.

Pantai Cermin ini sebenarnya adalah dasar laut yang muncul di atas air selama beberapa jam pada waktu surut, dan memperlihatkan luas palang pasir sebesar lima puluh padang bola sepak. Orang tempatan biasanya memanggilnya sebagai Pantai dolar pasir dan Pasir hitam.

Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke Pantai Cermin , anda akan terpegun dengan keindahan pemandangan seperti syurga dunia. Tidak seperti tasik cermin lain, anda secara fizikal boleh berjalan di atas dasar laut, dan merakam momen unik dalam semua alam persekitaran reflektif.

Di samping itu, ia juga merupakan rumah bagi banyak hidupan laut, paling banyak hidupan yang terdapat disitu ialah kerang laut dan kerang bayi yang tersebar luas di pasar. Walaupun kecil, anda pasti akan jatuh hati dengan berjuta – juta kerang bayi yang berkilauan seperti berlian di bawah cahaya matahari.

Akhirnya, cara untuk pergi ke sana adalah dengan menaiki bot . Bot akan berlepas dari sky mirror jeti rasmi di Kuala Selangor. Tempoh keseluruhan adalah lebih kurang 3 jam bagi perjalanan pergi dan balik ketika di Pantai cermin.