Shopee perkasa 1,200 penjual melalui pemasaran berasaskan nilai

SHOPEE memperkasakan seramai 1,200 penjual untuk kekal relevan dengan memenuhi keperluan pengguna muda dalam talian melalui pemasaran berasaskan nilai di Shopee Seller Summit 2023.

Pengarah Shopee Malaysia, Cheng Xun Chua berkata, konvensyen e-dagang tahunan terbesar yang memasuki tahun enam itu membolehkan para penjual mempraktikkan trend terbaharu pengguna dalam talian dan menggunakan ciri-ciri perniagaan terbaharu Shopee Marketplace.

Ujar beliau, pihaknya turut mengumumkan beberapa inisiatif platform 2023 yang bertumpukan kepada kemajuan penjual di negara ini.

“Pertama, Shopee mengukuhkan keupayaan logistik dan pembayaran, dan mengutamakan pemeliharaan jenama dengan menambah baik pengalaman membeli-belah pelanggan berasaskan nilai.

“Kedua, Shopee memaksimumkan nilai jangka hayat pelanggan menggunakan pangkalan pengguna dengan membina sinergi kategori silang dan merapatkan lagi hubungan antara penjual dan pelanggan mereka, meningkatkan penglibatan pembeli-belah dan maksimumkan kecapaian penjual,” katanya ketika dalam Shopee Seller Summit yang berlangsung di sebuah pusat peranginan pada Rabu.

Dalam pada itu, menurut Xun Chua, sebanyak 10 penjual berasaskan nilai buka pop-up booths untuk demonstrasi bagaimana mereka pacu nilai unik melalui pengalaman pengguna (user experience), penceritaan asli (authentic storytelling) dan penglibatan lancar pengguna (seamless engagement).

Xun Chua ketika berucap dalam Shopee Seller Summit 2023 di sebuah pusat peranginan pada Rabu.

Xun Chua ketika berucap dalam Shopee Seller Summit 2023 di sebuah pusat peranginan pada Rabu.

Ulasnya, penjual Shopee Xpert dan Shopee Bintang pula mengendalikan permainan interaktif seperti Marketplace Inclusion Treats-ln-the-Jar, Building Connected Communities Jenga, dan Rede fining E-Commerce Pictionary, untuk bersuai kenal serta mencipta pengalaman berasaskan nilai.

“Di landskap e-dagang terkini, pelanggan mengambil peduli nilai yang dipegang dan yang dipraktikkan oleh penjual dengan memeriksa apa kata pempengaruh dan rakan sekutu tentang jenama mereka.

“Dengan Shopee 360 Marketing Solutions, kami membekalkan platform solusi pemasaran komprehensif dan menyeluruh termasuk pelbagai khidmat dan fungsi perniagaan bagi membantu penjual meningkatkan jualan dan profil mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, Shopee menaiktaraf kemahiran dan mengintegrasikan lebih 250,000 penjual baharu untuk keterangkuman digital serta menyaksikan 145 penjual baharu mencatat rekod jualan melebihi RM500,000 dalam 12 bulan pertama dalam talian pada tahun lalu.

Tambahnya, Shopee Seller Summit juga membawakan ciri-ciri praktikal perniagaan untuk menaiktaraf kemahiran dan memperkasakan penjual untuk mencapai kejayaan dalam talian dan membina masa depan mampan untuk mereka.

“Setiap tahun, beribu penjual menjalin hubungan ‘networking’ dan mempelajari sesuatu yang baharu untuk berkembang di Seller Summit kami. Tahun ini, saya berpeluang menyantuni forum panel tentang strategi proaktif pemasaran berasaskan nilai yang saya yakin akan memacu impak sosial dan perniagaan setiap industri.

Kehadiran peserta dalam Shopee Seller Summit 2023 di sebuah pusat peranginan pada Rabu.

Kehadiran peserta dalam Shopee Seller Summit 2023 di sebuah pusat peranginan pada Rabu.

“Tidak dilupakan juga, saya mengucapkan terima kasih kepada penaja yang menyumbang kepada kejayaan Seller Summit 2023 iaitu Commerce.Asia, Intrepid, Kumoten, Mono & Co, PayRecon, Red Dino, SiteGiant, dan Toyo, dan banyak lagi,” tambahnya.

Turut hadir barisan panel konvensyen tersebut adalah pemenang Penjual Baharu Terbaik dan Khidmat Pelanggan Terbaik Shopee Super Award 2022 atau selebriti masakan terkenal, Khairul Amin Kamarulzaman; Roy Sam dari PerySmith, Kim Yeo (Ecobb); Sammy Chong (Celovis Jewelry) dan So Bee Leng (Coty Malaysia).

Sumber