Sambutan Hari Kesihatan Oral Sedunia 20 Mac

Sambutan Hari Kesihatan Oral Sedunia 20 Mac

ESOK 20 Mac ialah Hari Kesihatan Oral Sedunia. Bersempena kempen tersebut, adalah penting untuk mengetahui mengenai penjagaan gigi, apa yang boleh dan tidak boleh. Nampak mudah, tetapi jangan pandang sebelah mata kerana jika hilang satu gigi pun boleh jejaskan penampilan anda!

Awas terhadap makanan dan minuman yang boleh merosakkan gigi. Makan terlalu banyak gula dan pendedahan yang lama boleh merosakkan gigi. Selain itu beberapa faktor lain juga boleh menyebabkan kerosakan gigi seperti:

1. Ais – Ais adalah penyejuk bukan untuk dikunyah. Mengunyah ais mampu merosakkan enamel gigi

2. Sitrus –Sitrus seperti limau atau lemon adalah berasid dan pendedahan yang lama akan menyebabkan pereputan gigi

3. Kopi – Kopi meninggalkan warna pada gigi selain daripada kandungan gula dalam kopi yang tinggi

4. Makanan melekit – Kebanyakan jeruk kering adalah melekit yang mampu melekat lama pada gigi berbanding makanan lain

5. Keropok – Contohnya seperti kerepek kentang yang tinggi kandungan kanji. Ia mudah menyaluti bahagian enamel gigi dan menyebabkan pembentukan plak gigi

6. Air berkarbonat – Kuman plak menggunakan gula untuk membentuk asid dan menyerang lapisan gigi

7. Alkohol – Alkohol menyebabkan dehidrasi dan mengeringkan mulut,Ini boleh mengakibatkan pereputan gigi, infeksi oral dan pembentukan kanser mulut

8. Minuman isotonik – Minuman ini memberi kesan baik bagi atlet tetapi bukan pada yang tidak memerlukan. Ia mengandungi gula yang tinggi.

Langkah-langkah pencegahan

1. Gosok gigi sekurang-kurangnya 1 jam selepas makan

2. Banyak minum air kosong

3. Atau sekurang-kurangnya berkumur selepas makan

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

#sihataktif



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *