GENTING HIGHLANDS – Syarikat telekomunikasi Red One Network Sdn Bhd (redONE) meraikan pencapaian rakan niaganya yang mempunyai prestasi jualan memberangsangkan pada 2019 dengan memberikan ganjaran bernilai hampir RM2 juta.
RedONE Star Nite 2020 yang berlangsung di Genting International Convention Centre di sini pada 11 Januari lalu dihadiri 1,400 rakan niaga dan tetamu.
Ketua Jualan Eksekutif redONE (CSO), Ben Teh berkata, pihaknya menyerahkan 12 kereta baharu iaitu 10 Perodua Aruz dan dua BMW X1 bernilai lebih RM1.2 juta kepada rakan-rakan niaga yang layak.
“Selain ganjaran dan hadiah lain bernilai RM700,000, terdapat 104 rakan niaga yang menerima trip insentif ke Maldives, Santorini di Greece dan menaiki kapal layar,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Selain itu, katanya, kerjasama strategik dimeterai di atas pentas redONE Star Nite 2020 yang memasuki tahun kelapan penganjurannya itu.
“Juga pengumuman mengenai perancangan untuk melebarkan sayap redONE ke Thailand dan Filipina dengan kerjasama TOT Public Company Limited dan Cherry Mobile Communications Inc,” katanya.