PRIHATIN CAKNA KEBAJIKAN PELAJAR PPKI SK SUNGAI BULOH

PRIHATIN CAKNA KEBAJIKAN PELAJAR PPKI SK SUNGAI BULOH

Melalui kerjasama dengan Bolton Optical Group Sdn. Bhd dan Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia yang memanfaatkan kira-kira 869 pelajar, Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) komited untuk meneruskan inisiatif membantu pelajar daripada kumpulan dan keluarga kurang berkemampuan (B40) dengan pemeriksaan mata dan pemberian cermin mata percuma.

Turut diadakan sesi perkongsian ilmu oleh Puan Nori Tun Abdullah (Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia) bersama ibu bapa dan pelajar Pendidikan khas Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh dan penyerahan bantuan kelengkapan pembelajaran kepasa seramai 110 pelajar Pendidikan khas yang terdiri daripada kategori seperti masalah pembelajaran, autism, sindrom down dan disleksia.

Program Kami Pegawai Eksekutif PRIHATIN di Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh.Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) 2022 ini juga merupakan inisiatif & projek khas YAB Perdana Menteri dalam membuka peluang kepada akses Pendidikan tinggi negara kepada seluruh masyarakat terutama penduduk di Kawasan pedalaman ataupun luar bandar.

Sekretariat JPKM akan menjelajah ke seluruh negara bagi mencari, mengenal dan membantu pelajar yang merupakan anak-anak keluarga Malaysia yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan dari segi kewangan di seluruh negara.

PRIHATIN melihat program kali ini mampu membantu dan mengurangkan beban anak-anak Sungai Buloh sekaligus mengurangkan beban ibubapa untuk membuat kaca mata dalam memudahkan proses pembelajaran dalam kalangan pelajar-pelajar dan memperkasakan Pendidikan dengan pemberian bantuan kelengkapan pembelajaran bagi pelajar pendidikankhas serta bantuan wang tunai menerusi JPKM yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri.