Pengiktirafan BISA jadi ‘benchmark’ kepada usahawan

24 Februari 2023 07:19amMasa membaca: 4 minit

Zirra menerima Anugerah Pemasaran di Media Sosial 2023 dari Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli. - Foto Sinar Harian

Zirra menerima Anugerah Pemasaran di Media Sosial 2023 dari Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli. – Foto Sinar Harian

PENGIKTIRAFAN Anugerah Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) menjadi ‘benchmark’ (penanda aras) kepada usahawan lain dalam memperjuangkan perniagaan mereka sendiri dalam industri.

Pengasas dan Pengarah Urusan Skin Dessert, Zirra Abdullah yang menang BISA bagi kategori Anugerah Pemasaran di Media Sosial berkata, pengiktirafan tersebut meletakkan Skin Dessert sebagai salah satu jenama yang membina kepercayaan untuk kumpulan, pengguna dan rakyat di seluruh negara.

“Malam ini pun kita lihat orang-orang yang menerima Anugerah BISA ini pun bukan sebarangan dan semua itu terdiri daripada pelbagai bidang masing-masing.

“Saya memang rasa teruja dan sebak kerana ini satu-satunya platform yang saya boleh membina kepercayaan kepada pengguna dan rakyat Malaysia supaya mereka nampak jenama Skin Dessert itu dikedepankan.

Zirra ketika ditemui dalam Majlis Penganugerahan Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) di sini pada Khamis. - Foto Sinar Harian

Zirra ketika ditemui dalam Majlis Penganugerahan Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) di sini pada Khamis. – Foto Sinar Harian

“Pada masa yang sama juga, meletakkan Skin Dessert dengan jenama-jenama yang mendapat kepercayaan dan pilihan di hati pengguna,” katanya.

Zirra berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Penganugerahan Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) di sini pada Khamis.

BISA memberi pengiktirafan kepada golongan usahawan dan syarikat yang telah berjaya memberikan impak besar kepada pemerkasaan dan kemampanan ekonomi negara.

Penganugerahan BISA merangkumi pelbagai sektor perniagaan seperti perkhidmatan, peruncitan, kepenggunaan, pendidikan, teknologi, kreativiti, inovasi produk dan banyak lagi.

Lebih 30 pemenang BISA yang terdiri daripada usahawan tempatan bakal diumumkan pada malam gala penganugerahan di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City pada Khamis.

Sumber