KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin dengan sejumlah 99 lot diniagakan.
Kontrak niaga hadapan emas bagi bulan semerta Mac 2023 meningkat kepada AS$1,997.20 setiap troy auns.
Kontrak bagi April 2023, Mei 2023, Jun 2023, Ogos 2023 dan Oktober 2023 semuanya berada pada AS$2,003.80 setiap troy auns.
Harga emas fizikal berada pada AS$1,962.10 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 17 Mac, 2023. – Bernama