Milo semarakkan sambutan Hari Malaysia

Aranols (dua dari kanan) dan Su Yen (empat dari kanan) melepaskan Jelajah Perpaduan Van Milo pada pelancaran #MalaysiaBolehBersamaMILO di Petaling Jaya, pada Rabu.

Aranols (dua dari kanan) dan Su Yen (empat dari kanan) melepaskan Jelajah Perpaduan Van Milo pada pelancaran #MalaysiaBolehBersamaMILO di Petaling Jaya, pada Rabu.

MILO menerusi kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO yang diadakan bermula sekarang sehingga Hari Malaysia pada 16 September akan menganjurkan siri aktiviti di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols berkata, membuka tirai sambutan #MalaysiaBolehBersamaMILO yang berlangsung selama sebulan, Jelajah Perpaduan Van Milo mengagihkan minuman Milo percuma untuk semua.

“Menyantuni rakyat dengan van Milo yang dilengkapi panel solar ini adalah antara usaha kami untuk membangkitkan kesedaran mengenai kepentingan kelestarian alam, di samping untuk terus berkongsi Milo kegemaran ramai sejak turun-temurun dengan rasa hebat yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sepanjang tempoh kempen, rakyat Malaysia juga berpeluang untuk menikmati minuman Milo secara percuma dengan pesanan hidangan set yang ditetapkan di mana-mana lapan rangkaian restoran merentasi 1,400 cawangan yang mengambil bahagian di seluruh negara.

Aranols (lima dari kiri) dan Su Yen (empat dari kiri) pada pelancaran #MalaysiaBolehBersamaMILO di Petaling Jaya, pada Rabu.

Aranols (lima dari kiri) dan Su Yen (empat dari kiri) pada pelancaran #MalaysiaBolehBersamaMILO di Petaling Jaya, pada Rabu.

“Kempen ini akan mencapai kemuncaknya pada Hari Malaysia dengan yang menampilkan acara Larian Malaysia Boleh Bersama Milo sejauh 2.5 kilometer (km) pada 16 September di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan Milo Nestlé (Malaysia) Berhad, Ng Su Yen berkata, melalui #MalaysiaBolehBersamaMILO, Milo ingin memupuk nilai-nilai yang dapat menyuntik semangat juara serta semangat yang menyatupadukan rakyat untuk melangkah jauh bersama, tidak kira apa jua yang ingin dicapai, disemarakkan lagi dengan tenaga Milo.

Pada malam Hari Malaysia, salah satu mercu tanda ikonik Kuala Lumpur bakal ‘bermandi’ cahaya hijau MILO® bagi menutup tirai sambutan.

Untuk maklumat terkini dan turut serta memeriahkan lagi sambutan #MalaysiaBolehBersamaMILO, layari www.milo.com.my.

Sumber