Malaysia #QuranHour di lebih 2,000 lokasi hari ini

Malaysia #QuranHour di lebih 2,000 lokasi hari ini

SHAH ALAM – Malaysia #QuranHour 1439 Hijrah yang berlangsung hari ini bakal diadakan serentak di lebih 2,000 lokasi di seluruh negara dan 18 tempat yang melibatkan 16 buah negara lain.

Negara terlibat termasuklah Kazakhstan, Perancis, Indonesia, Rusia, Australia, Thailand, India, Turkmenistan, Poland, Herzegovina, Netherlands, Argentina, Qatar, Mesir, Oman dan Ireland.

Bertemakan ‘9 Budaya Membina Tamadun’ yang diambil daripada surah al-Naml, program kali ini agak istimewa kerana diadakan sehari sebelum sambutan Hari Kebangsaan ke-61.

Program berinteraksi dengan al-Quran itu diadakan buat kali keempat itu diadakan buat julung kalinya diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

image (3)

image (3)

Acara itu dihadiri Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik; Setiausaha Politik yang mewakili Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah; Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Haris Kasim dan Duta #QuranHour, Ikon Keluarga My Family #QuranHour dan selebriti, Norman Hakim serta Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI), Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

Acara akan dimulakan kira-kira jam 12 tengah hari dengan pembukaan ngaji, bacaan surah al-Fatihah ayat satu hingga tujuh dan surah al-Baqarah ayat satu hingga lima, diikuti soladariti ngaji seterusnya berinteraksi dengan al-Quran menerusi surah al-Naml.

Sesi tadabbur surah al-Naml akan memfokuskan pembinaan tamadun Malaysia melalui pembentukan kerangka fikir dan tindakan golongan pemimpin dan masyarakat berbilang kaum berteraskan al-Quran, selaras dengan prinsip Rukun Negara dan #SayangiMalaysiaku.

image (1)

image (1)

Malaysia #QuranHour dinaungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan dianjurkan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, YWUI, Rumah Ngaji, Majlis Dakwah Negara, Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd dan Takaful Ikhlas Berhad.

Sinergi media terlibat adalah Astro Oasis, Astro Awani & Astro, Kumpulan Media Prima, RTM, Bernama, Bernama News Channel, TV Alhijrah, TVIkim, Media Jakim, Kumpulan Utusan, NSTP Group, Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Denaihati, The Star, Ideaktif, Sin Chew Jit Poh dan Tamil Nesan.

Ikuti laporan langsung Sinar Harian dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam :

11.00 pagi – Para peserta sedang memenuhi ruang masjid

11.20 pagi – Orang ramai turut hadir mengikuti program Malaysia #QuranHour

11.35 pagi – Ketibaan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik

11.35 pagi – Konvoi Malaysia #QuranHour sampai di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

image (2)

image (2)

12.05 tengah hari: Program Malaysia #QuranHour bermula.

12.15 tengah hari: Sesi tadabbur bacaan Surah Al-Naml. Ayat 15 hingga 44.

12:35 tengah hari: Sekarang bacaan surah al-Naml ayat 15-19. Sambungan ayat 38-40 surah al-Naml.

12.56 tengah hari: Bacaan ikrar al-Quran dan doa.

1.00 petang: Majlis Malaysia #QuranHour tamat



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *