Thinesh menunjukkan antara produk baharu yang dibawa masuk ke Lotus’s Wangsa Walk. Foto SINARHARIAN/MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH.
LOTUS’S Wangsa Walk berwajah baharu menawarkan penambahan lebih 600 pilihan produk premium dan mampu milik dari pengeluar tempatan serta luar negara.
Pengarah Stor Lotus’s (Kawasan Sentral 1), S Thinesh berkata, Lotus’s Wangsa Walk yang berkeluasan 2,000 meter persegi itu menyediakan kepelbagaian jenis makanan laut, daging, produk sejuk beku dan barangan runcit.
Menurutnya, susulan terdapat peningkatan permintaan untuk barangan runcit, cawangan itu tidak lagi menawarkan pilihan barangan am.
“Penyusunan produk mengikut zon kategori dengan sistem rak baharu memudahkan pelanggan membeli-belah.