Layanan kelas pertama Cintami

Mahu dapatkan urutan ibarat sang puteri dan nikmati keselesaan maksimum? Cintami Beauty & Spa merupakan antara pilihan terbaik untuk kaum Hawa.

LAMBAIAN dedaun hijau di pintu gerbang berkonsepkan ala Bali di sebuah pusat kecantikan di Taman TTDI Jaya, Shah Alam sudah menyejukkan hati meskipun terikan mentari pada hari itu bagaikan sejengkal dari kepala.

Menjejakkan kaki ke situ, kehadiran penulis disambut dengan pekerja yang sopan dan lemah lembut. Ya, ia hanya sebuah premis di sebuah bangunan, namun aura kedamaian Cintami Beauty & Spa sungguh luar biasa.

Bayangkan, bebola mata penulis dijamu dengan dekorasi tanaman hijau yang dihias kreatif di atas meja dan di beberapa sudut strategik. Ketenangan menyapa apabila melihat deruan air.

Wah, kreatifnya empunya spa ini sukar dipertikai. Pembahagi ruang premis pisahkan dengan jendela berwarna putih, terdapat mini pancuran air, keredupan suasana yang hanya dibantu dengan pencahayaan sinar lilin, begitu mempesonakan.

Kiri dan kanan, sentuhan deko berasaskan kayu-kayan, buluh serta hiasan dalaman yang menerapkan elemen ala Bali berasaskan alam, alunan muzik benar-benar benar-benar memukau pandangan penulis. Tidak hanya itu, rongga hidung yang terbau bau-bauan lembut dan segar membuatkan sesiapa akan terbuai seketika.

Itu belum cerita tentang perkhidmatan urutan yang ditawarkan.

Keistimewaan

Mengulas lanjut, Pengasas Cintami Beauty & Spa, Rafizah Hashim ketika menerima kunjungan Sihat:Aktif galak menceritakan tentang spanya.

“Selepas penat bekerja, tubuh kita memerlukan belaian. Memahami kehendak pelanggan, kami di sini menawarkan rawatan dengan konsep tradisional ala Bali dengan tidak menetapkan batasan masa dalam memberikan urutan.

“Konsep tersebut (tanpa batasan masa ini) dapat membantu pengunjung memperoleh kelegaan dan kepuasan maksimum dalam rawatan. Kami juga beri kebebasan kepada pengunjung untuk berehat, malah boleh tidur di spa selepas rawatan. Ini dapat membantu mereka supaya lebih segar dan mendapat kelegaan berpanjangan,” katanya.

Rafizah berkata, selain menawarkan rawatan tradisional ala Bali termasuk Swedish, spa yang dikhususkan kepada wanita ini turut menawarkan perkhidmatan lulur dengan pelbagai jenis mandian.

Khidmat popular menjadi pilihan ramai di Cintami ialah rawatan sentalan menggunakan jamu bersama urutan.

Menariknya, semua ramuan dihasilkan dengan air tangan Rafizah sendiri. Beliau menggunakan beras, limau nipis, cekur, halia dan diadun bersama lima jenis jamu terpilih.

Kepada Sihat: Aktif Rafizah berkata: “Jangan gusar bagi pelanggan mahu memanjakan muka dengan bertotok, rawatan wajah turut disediakan di sini termasuk memberi servis rawatan rambut.”

Pendek kata, rawatan disediakan di spa ini meliputi dari hujung rambut hingga ke hujung kaki oleh juruterapi yang berpengalaman.

“Yang penting, pelanggan berpuas hati,” ujarnya.

Lihat, betapa istimewanya servis yang disediakan di Cintami. Jadi, mahu dibelai bak sang puteri, jom bertandang ke spa ini.

Menariknya, sebahagian hasil spa ini turut dimanfaatkan oleh Rafizah untuk kerja-kerja kebajikan melalui NGOnya yang membantu penduduk pedalaman terutama Orang Asli dan golongan memerlukan di dalam dan di luar negara.

ANEKDOT

Tip Kesihatan daripada Cintami

– Lulur badan seminggu sekali untuk membuang daki.

– Urutan baik untuk dalaman dan luaran, selain melembutkan kulit ia dapat melancarkan darah.

– Bersauna bagi menghilangkan sel-sel kulit mati.

– Mandi susu untuk mencerahkan dan melembutkan kulit.

– Persekitaran bersih dan tenang untuk kesihatan baik.

– Banyakkan minum jus dan buah-buahan segar.

– Berkebun, melakukan aktiviti dan melihat keindahan alam terutama kehijauan.

– Berzikir, sentiasa di fikiran apapun berbalik kepada Tuhan yang menghidupkan kita.

Cintami Beauty & Spa

Alama:

Cintami Beauty & Spa,

No. 12 Jalan Opera C U2/C, Taman TTDI Jaya,

Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi:

Setiap hari Isnin-Sabtu

Isnin-Jumaat (10 pagi-8 malam)

Sabtu (9 pagi-5 petang)

Ahad (tutup)

Pakej disediakan:

-Rawatan tubuh urutan spa dan lulur

-Rawatan wajah

-Rawatan rambut



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *