Kisah Kembara Cinta Dalam Single Airliftz Berjudul Princess Bubblegum

Dengan lagu terbarunya, “Princess Bubblegum,” artis rap, penulis, dan penerbit Airliftz kembali menonjolkan kemahirannya dalam penghasilan muzik pop. Airliftz terkenal dalam persada muzik negara, telah membuat persembahan di kedua-dua pentas utama dan alam Soundcloud. Sebelum direkrut oleh label utama RedRecords, Airliftz mewujudkan reputasi sebagai bakat muda dan terus berkembang dengan menyediakan platform untuk penghibur antarabangsa seperti Anderson Paak dan Joji. Dengan bantuan kolaborasi dari seluruh nusantara, pendengar dari Asia Tenggara, Jepun, Australia, Amerika Syarikat, dan United Kingdom, Airliftz sekali lagi mendominasi carta dengan pandangan segar tentang cinta dan rindu dalam lirik dan irama.

Jemu dengan formula pop generasi masa kini, Airliftz membawakan campuran perisa dan pendekatan yang lebih segar tentang perasaan angau ketika kemaruk bercinta menerusi treknya ini. Dengan tajuk yang diinspirasikan oleh watak Princess Bubblegum dari siri animasi “Adventure Time”, lagu ini ditulis dalam dwibahasa (Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia) dan disaduri bunyian jazz, afrobeat dan R&B alternatif.

Bagi projek kali ini Airliftz bergabung tenaga bersama artis dan penerbit serba boleh, Shelhiel untuk merealisasikan dunia “Princess Bubblegum” dalam bentuk sebuah lagu yang juga menjadi bukti bakat yang bertunas di Asia Tenggara.

“Sebahagian proses pembikinan lagu ini melibatkan saya mengenali Shelhiel dan kekuatan kami yang tersendiri dalam bidang muzik. Bagi saya cabarannya (dalam proses menulis lagu ini) ialah untuk saya membuka diri dan bersahaja dalam berkarya.” kata Airliftz.

Muzik video yang menjadi komponen visual untuk karya ini akan dilancarkan pada 26 Mei dan bakal menyaksikan Airliftz menerokai bakatnya dalam tarian ‘ballroom’ bersama pasangan.

“Muzik video ini cukup sempurna bagi saya sebagai seorang lelaki Melayu Islam yang mahu cuba untuk memecahkan sempadan dalam berkarya. Ia seksi dan sensual tapi tidaklah keterlaluan.”

“Saya inginkan pendengar untuk memahami bahawa terdapat banyak cabang muzik selain aliran perdana. Saya mahu mereka untuk merasai getaran dan membenarkan diri untuk berasa seksi dan berkeyakinan.”, tambahannya lagi.

“Princess Bubblegum” menandakan rilisan single keempatnya di bawah RedRecords setelah kejayaan “Not Today”, “Honest” dan “Smile Strong”. Trek ini tersedia untuk dimuat turun di iTunes dan laman strim seperti Apple Music, Deezer, JOOX music, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Haruka Teh, haruka@redrecords.com Jeg, jeg@redrecords.com

Processed with VSCO with hb2 preset