PADA zaman silam, dron atau pesawat tanpa pemandu dijadikan peranti untuk membunuh manusia.
Pada lewat era 1940-an, teknologi itu lebih tertumpu membawa bom untuk menyerang kawasan musuh.
Mereka hanya menggunakan sebuah belon yang berisi bom dan mengawalnya menggunakan alat kawalan jauh.
Masa silih berganti menyaksikan revolusi dron berkembang daripada sebesar sebuah pesawat ringan kepada sekecil-kecil serangga pepatung, lalat dan langau.
Kebijaksanaan penyelidik pada zaman milenial telah berjaya mempelbagaikan aplikasi fungsi dron menjadi semakin canggih dan meluas.
Selain digunakan untuk alat penting dalam perisikan, apakah yang mampu dilakukan oleh sebuah dron?
Sejauhmana dron memberi ruang privasi kepada seseorang individu atau negara? Segalanya dihuraikan pada edisi e-Trend pada minggu ini.