KEJAYAAN GEMILANG DI MEL23: PERINGKAT KEBANGSAAN SAMBUTAN HEBAT.

KEJAYAAN GEMILANG DI MEL23: PERINGKAT KEBANGSAAN SAMBUTAN HEBAT.

Liga E-sukan Malaysia 2023 (MEL23) mencapai puncaknya dengan penutupan acara Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Peringkat Kebangsaan yang berlangsung selama dua hari sejak 21 Oktober, tamat malam tadi. Juara MLBB Peringkat Kebangsaan adalah Negeri Selangor dan pemain dari negeri yang sama telah dinobatkan sebagai MVP.

MEL23 Peringkat Kebangsaan mempertandingkan tiga (3) kategori judul permainan iaitu PUBG Mobile, eFootball Mobile dan MLBB. Pertandingan kategori PUBG Mobile dan eFootball telah pun berlangsung pada 14 dan 15 Oktober lalu juga di ESI Hub.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai Juara PUBG Mobile Peringkat Kebangsaan manakala MVP PUBG Mobile turut dirangkul oleh pemain dari pasukan yang sama. Untuk kategori eFootball Mobile pula, Pahang menjadi juara manakala pemain dari Johor diangkat sebagai MVP.

Berbeza dengan tahun sebelumnya, Finals MEL23 Peringkat Negeri tahun ini dijalankan secara fizikal di lokasi negeri masing-masing dan juara negeri masing-masing juga dapat bertanding secara fizikal semasa di Peringkat Kebangsaan. Tahun ini juga MEL memperkenalkan pingat baru iaitu Most Valuable Player (MVP) untuk semua judul permainan dari Peringkat Negeri, Kebangsaan dan Siri Terbuka.

Keputusan penuh MEL23 Peringkat Kebangsaan adalah seperti berikut:

PUBG MobileeFootballMLBB
JuaraWP Kuala LumpurPahangSelangor
Naib JuaraNegeri SembilanJohorPulau Pinang
Tempat KetigaSelangorPerlisPutrajaya
Tempat KeempatKedahPutrajayaJohor
Tempat KelimaSabahPerakMelaka
MVPWP Kuala LumpurJohorSelangor

“MEL23 Peringkat Negeri dan Kebangsaan telah berakhir dengan jayanya. Saya amat gembira melihat bakat-bakat muda dalam kategori-kategori e-sukan yang muncul menerusi platform MEL23, dan persaingan sihat yang mereka bawa untuk membanggakan negeri dan wilayah persekutuan mereka sememangnya amat memberangsangkan. Pertandingan berprestij kebangsaan seperti inilah yang boleh membantu lebih banyak bakat-bakat baru untuk cemerlang dalam dunia e-sukan,” kata Ahmed Faris Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Esports Integrated (ESI).

Seterusnya, MEL23 akan diteruskan lagi dengan Siri Terbuka MEL23 yang akan turut memperkenalkan judul permainan baru seperti eFootball (konsol) dan Counter Strike 2. Siri Terbuka bakal berlangsung seperti berikut:

Jadual Siri Terbuka MEL23
Tarikh Akhir Pendaftaran26 Oktober 2023
Siri Terbuka – eFootball Console3 – 4 November 2023
Siri Terbuka – Valorant3 – 5 November 2023
Siri Terbuka – Counter Strike 210 – 11 November 2023

Bagi kesemua enam (6) judul permainan yang dipertandingkan di MEL23, wang hadiah yang terkumpul adalah berjumlah RM 317,400.00.

MEL23 merupakan sebuah platform persaingan e-sukan yang kompetitif dan inklusif bagi bakat-bakat akar umbi tempatan yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Esports Integrated (ESI) bersama-sama dengan 16 Persatuan e-sukan Negeri dan Wilayah Persekutuan, serta disokong oleh susu Goodday (Rakan Minuman Rasmi), Rakan Muda (Rakan Pelaksana) dan disokong oleh Rakita 107.0 serta MPL Malaysia.

#MEL23, #Kebangsaan, #MobileLegendsBangBang, #MVP, #PUBGMobile, #eFootball