Kehebatan bawang putih pulihkan jerawat

Kehebatan bawang putih pulihkan jerawat

JERAWAT bisa membuatkan kaum wanita khususnya rasa tidak selesa dan hilang keyakinan diri. Apalagi mahu mengenakan solekan.

Namun, jangan bimbang, anda kini boleh menghapuskan jerawat dengan menggunakan bawang putih. Anda tidak perlu berbelanja besar sebaliknya hanya ambil di dapur sahaja.

Pasti ramai yang tidak tahu, bawang putih bukan sahaja berfungsi dalam masakan bahkan juga menghapuskan jerawat anda! Jom cuba.

1) Potong bawang putih dalam ukuran yang kecil hingga keluar ekstrak cairannya.

Kemudian, oleskan cairan pada bahagian yang berjerawat. Jika jerawat yang muncul bersaiz besar, anda boleh gosok bawang putih pada bahagian yang berjerawat dan biarkan semalaman.

2) Hancurkan bawang putih dan campurkannya ke dalam segelas susu.

Kemudian, oleskan pada bahagian berjerawat. Sebaiknya oles ke bahagian kulit yang lain dahulu sebelum ke kawasan berjerawat kerana bimbang akan menimbulkan reaksi negatif pada kulit.

3) Hiris 2-3 potongan bawang putih dan tampalkan pada bahagian yang berjerawat.

Biarkan selama 5–10 minit kemudian bilas menggunakan air bersih. Lakukan perawatan ini secara rutin setiap hari hingga jerawat hilang dan bersih.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *