Jojet Kembali Lagi

Jojet Kembali Lagi

Peminat dram lagenda jangan lepaskan peluang menonton Jojet dengan pukulan dram yang sangat groovy dan double paddle yang memukau. Beliau membuat kemunculan lagi setelah lama berdiam diri dalam industry muzik tanah akhir. Akhirnya Jojet kembali lagi kepada peminat-peminat dram lagenda  tanah air.

Jojet akan kembali menggegarkan pentas di Showcase Jojet & Friends pada 9 Disember 2023, jam 9.45 malam bertempat di Studio RTH.FM.

Showcase anjuran RTH FM Entertainment, sebuah radio atas talian yang semakin berkembang pesat di ruangan media social, Tiktok, bakal menyaksikan Jojet sebagai artis utama pada showcase tersebut, buat julung-julung kalinya bergandingan dengan ikon-ikon muzik tanah air seperti Rahmad MEGA, Omar Akira dan Is Wow. 

Tujuan showcase ini dibuat adalah untuk memberikan peluang kepada peminat-peminat melepaskan kerinduan mereka kepada legenda dram tanah air yang masih lagi bersama dengan kita. Selain itu, penganjur berasa terpanggil untuk membantu Jojet, kini bergantung harap dengan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, 

Penglibatan selama 38 tahun dalam industri muzik bersama dengan Gersang, Wings dan Dragon Malaya, Jojet merupakan sosok ikon anak muda dalam sejarah rock Malaysia pada satu ketika dulu, seharusnya diberikan penghormatan sewajarnya. 

Showcase ini akan diadakan secara fizikal dan live streaming. Bagi menonton showcase ini, tontonan fizikal, tiket akan dijual pada RM 60.00 dan bagi tontonan secara live streaming, pautan (link) akan dijual pada RM 25.00. Tiket boleh dibeli dengan menghubungi pihak penganjur melalui pesanan Whatsapp di 0193604595.

RTH FM Entertainment