JOGET MENGIKUT RASA OLEH JACLYN CHIA

JOGET MENGIKUT RASA OLEH JACLYN CHIA

Lagu terbaru daripada album kompilasi Luncai Emas, Joget Made In Malaysia, Joget Mengikut Rasa, menampilkan vokal oleh Jaclyn Chia, baru sahaja disediakan. Shaiffulhan Saidin menulis muzik untuk lagu ini, manakala S. Amin Shahab menulis lirik.

Jaclyn Chia atau nama sebenarnya Chia Jia Yi merupakan seorang penyanyi dan penari berasal dari Sabah, telah dipilih untuk menyanyikan single ini. “Saya ingin berkongsi berita baik dengan semua peminat, sebuah lagu baharu nyanyian saya berbentuk irama etnik Sabah telah dihasilkan dibawah label Luncai Emas. Saya sangat berterima kasih kerana diberikan peluang untuk menyanyikan single ini. Lagu ini adalah lagu irama Malaysia yang menunjukkan kesungguhan terhadap warisan seni muzik Malaysia yang kaya’’ Kata Jaclyn.

Jika di Sabah, Jaclyn banyak menyertai pertandingan nyanyian dan tarian sejak beliau berumur 4 tahun lagi. Pertandingan-pertandingan di Sabah itu kebanyakannya mendapat tempat Juara mahupun pertandingan di luar negara seperti di Beijing, China.

Menurut komposer, single ‘Joget Mengikut Rasa’ ini dipersembahkan dengan irama etnik dari Sabah disamping mengekalkan rentak joget dengan menggunakan alat-alat muzik seperti Sompoton, Bungkau, Rebana, Kulingtangan dan Gong. Rakaman produksi ini dirakam di Sabah sepenuhnya dan dikelolakan oleh penerbit single, Shaiffulhan Saidin dengan kerjasama Jinn sebagai penggubah dan jururakam.

“Ini satu percubaan yang baik dan berjaya menghasilkan sebuah karya. Joget Mengikut Rasa adalah hasil ciptaan saya yang terbaru di bawah Luncai Emas. Sebelum ini beberapa lagu telah saya terbitkan untuk artis / penyanyi tempatan Sabah seperti Romeo Ikan Masin (Ebi Kornelis) , Ku Takkan Mengalah (Cici Paimin) serta Keseorangan (Santiana Ramli).” Kata Shaiffulhan.

Penulis lirik , S.Amin Shahab sememangnya banyak menghasilkan lirik – lirik hits seperti lagu Kekasih Awal & Akhir ( Jamal Abdillah) , Ukiran Jiwa ( Awie) , Seribu Bayangan (Damasutra) dan juga Suci Dalam Debu (Iklim). ‘’Saya tidak banyak menulis lirik untuk lagu joget tetapi lagu Joget Mengikut Rasa ini cukup merasa puas, gembira dan sangat terhibur bagai ingin turut menari. Secara jujur lirik ini menyimpan makna yang tersendiri, bermaksud hati harus Ikhlas dan bebas dari menyimpan perasaan negatif. Kita harus rasa dan menghayati gerak jiwa di dalam diri memlalu memandang keindahan , keajaiban alam dan manusia dengan kehendakNYA’’ Jelas S.Amin Shahab

Sebuah video muzik ‘ Joget Mengikut Rasa’ nyanyian Jaclyn Chia telah dibuat penggambarannya di Kampung Binsolok Membakut, Sabah, arahan oleh Bryan Kouju.

Bryan Kouju giat aktif menghasilkan video – video muzik untuk artis tempatan Sabah seperti Marsha Milan dan juga Velvet Aduk .

Luncai Emas Sdn Bhd berharap usaha sinlge joget ini akan mendapat sokongan semua golongan peminat, tua atau muda dan daripada radio, televisyen, media cetak & elektronik dari kalangan tempatan mahupun dari kalangan tempatan Sabah.

Single ini boleh didengari di semua platform streaming bermula 22 Jun 2023 ini di Spotify, Apple Music, Joox, iTunes dll serta video muziknya juga boleh mula tonton di youtube Luncai Emas pada 22 Jun 2023 Jam 5 petang.