Simon Fellows (tiga dari kiri) dan Kennet Aruldoss (empat dari kiri) bersama tetamu yang hadir pada majlis sambutan ulang tahun ke-20 Harvey Norman yang diadakan di kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, di Kuala Lumpur.
JENAMA produk kelengkapan rumah terkemuka, Harvey Norman menyambut ulang tahun ke-20 di Malaysia dalam satu majlis, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Jenama yang berasal dari Australia itu meraikan perjalanan dua dekad di negara ini, telah membawakan pengalaman beli-belah rangkaian peralatan elektrik, teknologi maklumat dan peranti mudah alih, perabot dan produk kelengkapan bilik tidur.
Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Simon Fellows berkata, sambutan ulang tahun itu menjadi bukti kehadiran dan pengembangan Harvey Norman yang meluas di Malaysia dan mencerminkan hubungan kukuh jenama tersebut dengan Australia.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Harvey Norman atas ulang tahunnya yang ke-20 di Malaysia. Harvey Norman ialah jenama Australia yang ikonik dan kedainya boleh ditemui di bandar besar dan kecil di seluruh Australia memberikan sumbangan besar kepada ekonomi tempatan seperti mana yang mereka lakukan di Malaysia.