Guardian lancar 24 jenama baharu

Peserta Gaya Skuad Guardian meraikan ulang tahun Guardian ke-55 pada awal Oktober lepas.

Peserta Gaya Skuad Guardian meraikan ulang tahun Guardian ke-55 pada awal Oktober lepas.

GUARDIAN Malaysia (Guardian) melancarkan 24 jenama baharu dan eksklusif sempena ulang tahunnya yang ke-55 pada awal Oktober lalu.

Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Angela Teo berkata, 24 jenama baharu itu merangkumi pelbagai segmen produk termasuk penjagaan kulit, penjagaan rambut, kesihatan dan kecantikan.

“Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-55, Guardian juga menawarkan promosi istimewa bermula sekarang hingga 30 Oktober nanti.

“Kami menawarkan 1,000 produk terpilih dengan potongan harga sebanyak 55 peratus untuk belian barangan kedua dan pelbagai tawaran promosi hebat lain kepada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Guardian juga mengadakan pratonton istimewa 24 jenama baharu tersebut bersama Gaya Squad Guardian sempena meraikan ulang tahun ke-5 penubuhannya.

“Gaya Squad Guardian merupakan inisiatif Guardian untuk membina hubungan dengan pelanggan menerusi media sosial yang membolehkan pelanggan mengakses idea dan maklumat mengenai gaya hidup yang sihat,” katanya.

Sempena sambutan ulang tahun itu, pada sesi Gaya Squad Guardian yang dihadiri oleh pempengaruh media sosial telah berpeluang mengalami sendiri, menyentuh, merasai dan mencuba produk jenama tersebut.

Beberapa peserta Gaya Skuad Guardian mempelajari produk jenama Kundal.

Beberapa peserta Gaya Skuad Guardian mempelajari produk jenama Kundal.

“Semua ulasan mengenai produk yang disiarkan di media sosial mereka bertujuan memberikan informasi yang tepat kepada pelanggan kami. Pelanggan akan belajar mengenai jenama yang kami tawarkan,” tambah Teo.

Teo berkata, Guardian bermula dengan ruang perniagaan sekecil 200 kaki persegi di dalam pasar raya Weld telah berkembang selama lima dekad sekali gus menjadi peneraju rangkaian runcit farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka di negara ini.

“Ia dipilih sebagai jenama peruncitan nombor satu di Anugerah Jenama Putra 2021, baru-baru ini. Guardian memiliki lebih daripada 520 stor di seluruh negara, e-stor yang berkembang pesat serta aplikasi yang boleh diakses pada bila-bila masa,” kata Teo.

Sumber