PENGENDALI pasaran mudah alih terbesar, Carousell menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan kempen #MYLocalWira sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-62 baru-baru ini.
Ketua Serantau Carousell Malaysia, Tang Siew Wai berkata, pihaknya bekerjasama dengan beberapa individu hebat untuk menjual barangan preloved mereka di Carousell bagi menjayakan kempen tersebut.
“Itu satu tindakan mulia ‘memberi semula’ kepada rakyat Malaysia yang menyokong mereka bertahun-tahun lamanya. Ramai rakyat Malaysia cukup bertuah dikurniakan lebih daripada apa yang diperlukan, sementara yang lain memerlukan bantuan.
“Kami juga berharap peminat akan merasai betapa bermaknanya memiliki barangan peribadi yang memainkan peranan penting dalam karier wira mereka sekali gus memberikan inspirasi untuk berjaya,” katanya.
Kempen #MYLocalWira antara lain menghimpunkan legenda skuasy negara, Datuk Nicol David dan pejuang seni mempertahankan diri yang juga duta Global Citizen, Ann Osman.
Ia turut dimeriahkan dengan penglibatan model antarabangsa dan usahawan fesyen serta kecantikan, Amber Chia; ratu drift Malaysia, Leona Chin; penerjun kelas dunia, Leong Mun Yee dan gimnas negara, Farah Ann.
Setiap invidividu akan menyumbang beberapa barangan peribadi untuk dijual di Carousell dan hasilnya akan disalurkan untuk tujuan amal bagi memenuhi keperluan sebuah organisasi amal, Parents Without Partners.
Senarai penuh personaliti Malaysia beserta item untuk dijual boleh didapati menerusi https://my.carousell.com/ atau melalui aplikasi Carousell atau ikuti Carousell www.facebook.com/carousell.my, Instagram (@carousell.my) atau muat turun aplikasi Carousell menerusi Apple Store atau Google Play Store.