SIAPA yang tidak kenal dengan penyanyi cantik, Taylor Alison Swift atau Taylor Swift.
Dengan bakat nyanyian yang dimiliki menjadikan pelantun lagu You Belong To Me itu menjadi antara selebriti terkaya di dunia.
Terkini, kekayaan yang dimilikinya dikatakan mencecah AS$320 juta!
Pejam celik, Taylor akan menginjak usia 30 tahun pada 13 Disember ini.
Meskipun lambat lagi, Swift memberitahu majalah Elle bahawa perasaannya bercampur-aduk.
Katanya, beliau merasakan dirinya masih berusia 18 tahun!
“Saya dengar pelbagai tanggapan mereka yang bakal memasuki usia 30 tahun,” katanya.
Kepada wartawan majalah terkemuka itu, wanita yang mula menjinakkan diri dalam arena seni suara sejak berusia 24 tahun itu berkongsi persiapannya untuk menghadapi detik-detik berumur 30 tahun, 9 bulan lagi.
1. NYAHKAN/BLOK INDIVIDU MENYAKITKAN HATI DI MEDIA SOSIAL
Menjelang usia 30 tahun, Swift berkata, beliau mahu menjarakkan diri dengan media sosial.
“Apa yang saya lakukan ialah mematikan komen. Peminat masih melihat aktiviti saya namun saya tidak perlukan (komen) dari orang lain tentang diri saya,” katanya sambil memberitahu tidak keberatan memblok individu yang mengganggu hidupnya.
Ujarnya lagi: “Kadang-kadang komen orang di media sosial boleh membuatkan kita sedih, padahal komen-komen (kurang elok) mungkin satu atau dua sahaja di dunia ini.”
2. TERLALU BAIK DENGAN SEMUA ORANG BOLEH MENDATANGKAN MASALAH
“Percayalah pada dirimu sendiri, jadilah seperti ular, hanya menggigit jika ada orang yang mengganggu,” katanya.
3. KEGAGALAN ADALAH HAL BIASA
Kegagalan mungkin tidak terasa biasa bagi Swift kerana seluruh usaha dan kegagalannya akan berubah menjadi hal buruk dalam kariernya.
Namun, kata Swift, beliau belajar dari kesalahan dan berani mengambil risiko.
“Pada usia 20-an, kita semua sedang dalam pencarian,” katanya.
4. ‘SAYA BELAJAR UNTUK BERHENTI MEMBENCI SETIAP INCI LEMAK DI BADAN SAYA’
Swift bekerja keras untuk membentuk tanggapan bahawa sedikit kelebihan jika mempunyai sedikit berat badan kerana ia bererti dirinya ‘lebih terbentuk’, rambut lebih berkilau dan mempunyai lebih banyak tenaga.
“Aku berusaha menerima tubuhku seadanya setiap hari,” katanya.
5. MENGHINDARI ‘DRAMA’
“Jika seseorang berusaha menyakiti anda atau mendorong anda ke dalam jurang masalah, tiada masalah jika anda menghapuskan nombor (telefon) mereka.
“Itu hanya masalah sederhana. Memadamkan nombor telefonnya dalam telefon bimbit kita demi untuk mengelak drama kehidupan,” katanya.
6. LIHAT PENUAAN SEBAGAI HAL POSITIF
“Aku suka bagaimana Jameela Jamil lantang menyuarakan tentang hal penuaan.
Membaca dan mendengar kata-katanya seolah-olah membuatkan wanita-wanita sedar yang kita harus menerima apa pun yang sudah digariskan.
“Untuk terus menjadi muda adalah sasaran yang aneh,” ujar Swift.
7. BERANI HADAPI KETAKUTAN
Tragedi ledakan di Manchester Arena dan kejadian tembak menembak ketika konsert di Las Vegas membuatkan wanita ini takut.
Namun, Swift selalu mengingatkan dirinya tentang hal-hal yang membuatnya bahagia dan tersenyum termasuk kepercayaannya terhadap kemanusiaan.
“Kita harus menjalani hidup dengan berani untuk benar-benar merasa hidup dan bukan didominasi dengan rasa takut,” katanya.
8. ‘SAYA BELAJAR UNTUK TIDAK MEMBIARKAN PENDAPAT LUAR MENENTUKAN NILAI YANG SAYA PILIH UNTUK KEHIDUPAN.’
Penyanyi ini berkata, beliau banyak belajar tentang tidak membiarkan pandangan pihak luar merosakkan nilai-nilai dalam hidupnya.
9. ‘SAYA BELAJAR BAGAIMANA UNTUK MENGENDALI PENYAKIT SERIUS DIHADAPI OLEH KELUARGA’
Kedua-dua keluarga sebelah ibu dan ayah Swift mempunyai kanser. Ibunya kini sedang bertarung dengan penyakit ini.
“Ia mengajar saya bahawa terdapat masalah nyata dan kemudian ada yang lain. Kanser ibu saya adalah masalah sebenar. Saya pernah menjadi sangat cemas tentang turun, naik kehidupan,” katanya.
10. BAGAIMANA UNTUK BERLAWAN SECARA ADIL DENGAN ORANG YANG DICINTAI
Cari cara untuk meredakan kemarahan bagi mengelakkan diri daripada terlepas daripada perkara-perkara baik yang telah anda bina.