Bumbung pengecas solar pertama Hyundai

HYUNDAI Motor memperkenalkan bumbung dengan sistem pengecasan solar. Teknologi mesra alam itu berfungsi membekalkan tambahan kuasa elektrik di samping meningkatkan kecekapan bahan api dan jarak pemanduan.

Dalam kenyataan medianya, Hyundai Motor memaklumkan teknologi itu adalah yang pertama buat Hyundai dan digunakan pada Sonata Hybrid baharunya.

“Sistem solar berfungsi sebagai sokongan kepada sumber tenaga elektrik dengan kelebihan seperti memperbaiki tahap kecekapan bahan api dan mengurangkan kadar emisi CO2.

“Sistem tersebut terdiri daripada struktur solar panel silikon yang dipasangkan di atas bumbung Sonata Hybrid. Ia mampu mengecas antara 30 hingga 60 peratus kapasiti bateri dengan enam jam pemanduan harian,” katanya.

PADA masa akan datang, Hyundai akan turut menggunakan teknologi solar pada model-model lain.

PADA masa akan datang, Hyundai akan turut menggunakan teknologi solar pada model-model lain.

Dari segi jarak, sistem berkenaan berupaya meningkatkan jarak pemanduan sebanyak 1,300 kilometer setahun.

Terdiri daripada panel solar dan pengawal, elektrik dihasilkan semasa solar tenaga mengaktifkan permukaan panel solar yang mengubah tenaga dengan menggunakan foton (unit radiasi elektromagnet) cahaya dari matahari.

Proses tersebut menghasilkan lubang elektron berpasangan di dalam sel silikon yang kemudian menghasilkan tenaga solar elektrik.

Elektrik yang terhasil ditukarkan kepada voltan standard oleh pengawal dan kemudian disimpan di dalam bateri.


Dalam menghasilkan sistem pengecasan solar, Hyundai Motor turut mengambil kira aspek reka bentuk selain daripada faktor kecekapan.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *