Bike8 basikal imbang si cilik

FENOMENA penggunaan basikal lajak sejak kebelakangan ini kerap dibualkan dan menjadi isu yang hangat dalam kalangan masyarakat.

Masakan tidak, ia membabitkan soal keselamatan dalam kalangan kanak-kanak terutama ketika berada di atas jalan raya. Ramai yang tidak mahu aksi itu nanti berakhir dengan kemalangan jiwa yang akhirnya meragut banyak nyawa.

Sebenarnya, aktiviti menunggang basikal lajak bukan sesuatu yang salah tetapi lokasi dipilih penunggang dilihat tidak bersesuaian.

Jika kena dengan caranya, tidak mustahil dengan melakukan aktiviti basikal lajak ia berupaya mengasah bakat kanak-kanak mencintai dunia sukan sekali gus menjadi atlet negara pada masa depan. Tidak mustahil, bukan?




PUSHBIKE merupakan salah satu sukan yang boleh dipupuk sejak dari usia muda.

PUSHBIKE merupakan salah satu sukan yang boleh dipupuk sejak dari usia muda.

Jika diperhalusi kembali, kebanyakan kes kemalangan dalam kalangan geng basikal lajak melibatkan basikal yang telah dimodifikasi tanpa mempedulikan ciri-ciri keselamatan yang sepatutnya.

Menyedari hal tersebut, Bike8 Malaysia mengambil langkah untuk menarik penyertaan golongan kanak-kanak dan ibu bapa untuk menceburkan diri dalam aktiviti menunggang basikal imbang atau lebih dikenali sebagai pushbike.Bagi mengupas apakah pushbike dengan lebih lanjut, wartawan Sinar Turbo, Faizul Hakimi Zulkifli mewawancara Pemilik Bike8 Malaysia, Datuk Sri Wan Mohd Muzri Ramli.

Apakah manfaat aktiviti berbasikal pushbike?

WAN MOHD MUZRI: Berbasikal mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan kanak-kanak seperti membina daya tahan kardiovaskular dan juga membina kekuatan otot.

Kanak-kanak yang sihat juga mencerminkan kanak-kanak itu aktif dan berupaya melakukan pelbagai perkara. Salah satu cara terbaik bagi memupuk gaya hidup tersebut adalah dengan menggalakkan mereka berbasikal.

PUSHBIKE mampu memberi pengaruh positif pada diri anak-anak, bahkan negatif juga jika ibubapa culas dalam memberi perhatian.

PUSHBIKE mampu memberi pengaruh positif pada diri anak-anak, bahkan negatif juga jika ibubapa culas dalam memberi perhatian.

Dalam jangka masa panjang, secara tidak langsung, mereka juga membesar dengan tabiat suka bersenam.

WAN Mohd Muzri ketika memenangi Anugerahkan Tokoh Usahawan Tahunan di Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia 2017.

WAN Mohd Muzri ketika memenangi Anugerahkan Tokoh Usahawan Tahunan di Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia 2017.

Apakah cara terbaik bagi mengajar kanak-kanak berbasikal?

Bagi kanak-kanak yang baru berjinak-jinak dengan basikal, balance bike atau basikal imbang (pushbike) adalah sangat sesuai bagi mereka.

Pushbike merupakan basikal dua roda yang tidak berpengayuh, amat sesuai bagi mengajar kanak-kanak seawal umur 18 bulan untuk mengimbangkan basikal tanpa terlalu menumpukan perhatian kepada kayuhan.

Melalui kemahiran yang dipelajari dengan menunggang balance bike, anak kita mampu menaiki basikal biasa dengan lebih mudah. Di Malaysia, selain basikal imbang, nama lain yang turut disebut ialah pushbike, basikal tolak, dan runbike.

Satu kajian di University of South Dakota, Amerika Syarikat mendapati, kanak-kanak yang dilatih dengan pushbike balance didapati ada perubahan signifikan terhadap skor kestabilan mereka apabila meniti di atas plat latih imbang berkomputer.

Paling menarik, setiap minggu mereka kini boleh menyertai kejohanan atau perlawanan Pushbike Race yang dianjurkan di seluruh daerah atau negeri. Penyertaannya pula membabitkan peserta seawal usia dua hingga tujuh tahun.

Harus diakui, permainan pushbike masih lagi asing di Malaysia, namun di Eropah dan Jepun, ia sudah biasa. Seperkara yang saya ingin kongsi, sebenarnya, kanak-kanak 12 bulan juga sudah boleh didedahkan kepada basikal imbang sebagai pengganti basikal roda tiga.

Boleh jelaskan lebih lanjut mengapa pushbike dikatakan jauh lebih baik berbanding basikal roda tiga?

Untuk makluman semua, pushbike mampu bergerak dengan lebih lancar pada permukaan berbukit mahupun berbatu dan tidak mudah terbalik berbanding basikal roda tiga, menjadikannya pilihan yang lebih selamat untuk si cilik.

Perlu difahamkan, pushbike tidak mempunyai pedal untuk dikayuh, anak-anak akan menolak dengan kaki. Hal sedemikian menyebabkan mereka bijak untuk mengawal keseimbangan saat untuk membelok, bila untuk berhenti dan ketika menggerakkan basikal.




Bike8 Racing Air Edition.

Bike8 Racing Air Edition.

Kebebasan untuk bergerak itu memberi mereka lebih keyakinan dan rasa berani untuk terus belajar menunggangnya sehingga mahir.

Biarpun tanpa brek dan pedal pengayuh, kelajuannya berpandu pada tolakan kaki penunggang, malah saiznya yang kecil dan ringan membuatkan ia mudah dikawal.

PENYERTAAN Pushbike Race membabitkan peserta seawal usia dua hingga tujuh tahun.

PENYERTAAN Pushbike Race membabitkan peserta seawal usia dua hingga tujuh tahun.

Dengan menggunakan roda tiga pula, kanak-kanak lebih sukar mengimbangkan basikal sendiri tanpa bantuan roda-roda tersebut, seterusnya melambatkan proses berbasikal seperti biasa.

Menaiki basikal yang dipasangkan roda tiga biasanya memberi kanak-kanak tanggapan seolah-olah basikalnya sudah seimbang, padahal imbangan itu bergantung pada roda tiga semata-mata.

Ada netizen yang berpendapat basikal lajak sama seperti pushbike. Adakah pandangan itu berasas?

Bagi saya, mungkin kerana saiz keduanya kecil lalu disama ratakan antara kedua-dua jenis basikal tersebut. Bagaimanapun, pandangan tersebut ternyata tidak berasas.

Seperti Bike8, ia diperbuat daripada material berkualiti tinggi yang tahan karat dan lasak serta permukaannya yang licin sekali gus dapat mengelakkan kecederaan kepada penunggang.

Terdapat juga kelengkapan lain seperti topi keselamatan, safety pad yang perlu digunakan semasa menunggang pushbike tersebut bagi mengurangkan risiko kecederaan. Bahkan ia juga dilengkapi dengan tempat duduk boleh laras sesuai mengikut ketinggian penunggang dan mengikut peringkat umur.

Berbalik kepada jenama Bike8, ia berasal dari mana dan apakah keistimewaannya berbanding dengan jenama lain?

Bike8 berasal dari China. Saya juga sedia maklum tanggapan mengatakan produk dari China kurang berkualiti tinggi mungkin tidak akan hilang di dalam minda rakyat Malaysia. Pendek kata, apa saja produk yang berlabel Made in China sering dianggap tidak mempunyai kualiti sempurna jika dibandingkan dengan barangan buatan negara lain terutama dari Barat.

Pun begitu, tidak semua produk dari China perlu dianggap ‘koman’ atau mudah rosak. Bike8 Malaysia rasanya mampu menolak persepsi itu selepas ini.

Buktinya, walaupun masih baharu dalam pasaran tempatan, ramai anak-anak yang menyertai kejohanan pushbike di Malaysia dan telah berjaya menjulang ‘title’ juara dan menaiki podium dengan Bike8.




Bike8 Standard Edition.

Bike8 Standard Edition.

Bike8 juga dibangunkan khusus untuk kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam perlumbaan basikal keseimbangan. Basikal tersebut sangat aerodinamik dan direka dengan pusat graviti yang rendah sekali gus mewujudkan basikal yang sangat sporty dengan bingkai yang stabil dan kepantasan tinggi.

Oleh itu, kanak-kanak lebih mudah untuk menampung keseimbangan dan perjalanan dengan cepat. Dengan tawaran ciri aerodinamik dan seimbang, Bike8 boleh dikatakan cukup pantas dan tetap menawarkan keselamatan yang tinggi buat penunggang.




Bike8 Black Silver Special Edition.

Bike8 Black Silver Special Edition.

Tambahan pula Bike8 direka dengan tempat duduk lembut yang sangat ergonomik direka khusus untuk basikal keseimbangan juga mampu memberikan sokongan berkesan dan memastikan pengalaman yang selesa semasa menunggang jangka panjang.

Itu juga satu ciri yang sangat penting dan perlu ada pada sesebuah basikal untuk kanak-kanak. Ini disebabkan, selain membuatkan mereka berasa selesa, tempat duduk lembut dapat menjamin kanak-kanak tidak mudah penat dan menamatkan kayuhan dalam tempoh singkat.




VARIASI warna dan reka bentuk pushbike.

VARIASI warna dan reka bentuk pushbike.

Sementara itu, komponen kerangka Bike8 juga dihasilkan dengan menggunakan mesin Computer Numerical Control (CNC) yang mana permukaannya selamat dan tidak terdedah dengan permukaan tajam.

Ramai menyebut, sukan sebegini juga mampu memberi impak positif kepada ibu bapa. Huraikan apa yang dimaksudkan oleh pihak Datuk?

Apa yang pasti, mana-mana aktiviti berbasikal pun, pasti memberikan manfaat jika ia diketengahkan dengan baik. Seperti basikal lajak, asalnya basikal itu dah sempurna tetapi diubah suai mengikut trend dan cita rasa individu.

Seperti kita maklum, anak-anak rakus menunggang basikal di jalan raya di tengah malam tanpa memikirkan risiko kerana teruja mengikut ajakan rakan-rakan. Meluncur laju terutama di jalan raya berbukit tanpa brek sangat merisikokan nyawa penunggang.




KOMUNITI pushbike kini berusaha agar aktiviti itu dapat mendapat tempat di hati masyarakat tempatan dan luar negara.

KOMUNITI pushbike kini berusaha agar aktiviti itu dapat mendapat tempat di hati masyarakat tempatan dan luar negara.

Berbanding sukan pushbike yang mempunyai sokongan daripada para ibu bapa dan komuniti menjadikan sukan tersebut mendapat tempat di hati masyarakat tempatan dan luar negara.

Banyak impak yang diperoleh daripada program yang dianjurkan oleh kominiti pushbike seperti memupuk semangat kekeluargaan dan mencipta suasana yang positif apabila ibu bapa berterusan memberi sokongan padu pada anak-anak untuk meneruskan perlumbaan sihat basikal imbang.

Saya harap terjawaplah sudah bagaimana dengan berbasikal ini dapat memberi pengaruh positif pada diri anak-anak, bahkan negatif juga jika ibu bapa culas dalam memberi perhatian. Peredaran zaman membawa banyak kemajuan, namun masih tak terlepas dengan benda-benda buruk kepada anak-anak jika kurang pemantauan.

BIKE8 Malaysia

  • Beribu pejabat di 15-A, Jalan Suarasa 8/3, Town Park 1 Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Batu 9 Cheras, Selangor.
  • Bike8 juga adalah basikal jenama kelas dunia, satu-satunya jenama basikal yang terpilih yang dipilih dalam upacara pembukaan Sukan Sukan ke-16 Shanghai.
  • Direka khusus untuk kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam perlumbaan Memenangi Reddot Award di German selama dua tahun berturut-turut (2018 & 2019)
  • Untuk keterangan lanjut, boleh layari https://bike8.my/.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *