Kamal dianggap sebagai seorang pekerja yang berdedikasi yang melampaui batas untuk membantu rakan sekerjanya. Apabila Kamal bertemu dengan Bunga, pekerja baru, semuanya berbeza. Kerana betapa dia menyayangi Bunga, Kamal tidak akan berhenti untuk menuntut Bunga sebagai miliknya.
Terbaharu di slot Samarinda TV3, drama bersiri 13 episod terbitan Wiranusa Corporation Sdn. Bhd. ini merupakan kisah yang bergenre yang diminati ramai tetapi agak jarang dipertontonkan, saspens psikologi. Drama ini bakal menemui penonton mulai 17 Mei 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pada pukul 10.00 malam dan anda juga boleh strim di iQIYI 1 jam selepas siaran di kaca TV.
Bunga, Aku Tunggu diarahkan oleh Along Kamaludin dan adalah hasil nukilan skrip oleh Adza Emie. Drama ini menampilkan barisan pelakon ternama tanah air iaitu Beto Kusyairy, Nelydia Senrose, Azhar Sulaiman, Kuza, Atiq Azman, Afifah Nasir, Shah Iskandar dan ramai lagi.
Kamal Iman (Beto Kusyairy), seorang jurutera komputer yang dikenali sebagai genius di tempat kerja. Kamal juga seorang yang baik hati, bagus bekerja dan selalu disenangi oleh bos dan rakan sekerjanya. Segalanya tenang buat Kamal sehinggalah dia berkenalan dengan pekerja baharu bernama Bunga (Nelydia Senrose).
Bunga adalah seorang gadis yang manis, baik hati dan peramah dengan teman sekerja. Selepas menamatkan pengajiannya, Bunga telah diarahkan oleh ibu bapanya untuk bekerja di syarikat milik rakan mereka. Walaupun impiannya untuk menjadi seorang wartawan, Bunga akur dan cuba memenuhi kehendak kedua orang tuanya. Bunga juga sentiasa dibandingkan dengan adiknya, Arjuna (Atiq Azman) yang merupakan anak emas keluarga kerana berjaya menyambung pelajarannya sehingga ke luar negara.
Suatu insiden di pejabat kemudian menemukan Kamal dengan Bunga, dan Kamal bersedia memberi bantuan kerja kepadanya. Kamal mula menyukai Bunga dalam diam dan cuba mendekati Bunga dengan lebih rapat. Namun, makin lama perasaan itu semakin membuak dan berubah menjadi obsesi. Kelainan drama ini ialah paparan obsesi Kamal yang mahu memiliki Bunga membuatkan dia sanggup melakukan apa sahaja kepada orang sekeliling yang melukakan hati Bunga.
Mampukah Kamal memiliki Bunga? Atau adakah takdir lain akan bersua dengan mereka? Semuanya bakal terjawab di dalam Bunga, Aku Tunggu menerusi slot Samarinda di TV3 mulai 17 Mei 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran TV. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store. Pelanggan VIP iQIYI boleh menikmati akses VIP Ekspres bagi drama ini yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini, 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton 48 jam selepas siaran.
Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, iQIYI telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila mencapai peningkatan pengguna lebih daripada 15 kali ganda. Dari segi pertumbuhan keseluruhan dalam tahun 2021, iQIYI juga tersenarai sebagai khidmat penstriman Asia nombor satu di Malaysia berdasarkan jumlah muat turun, jumlah pelanggan aktif bulanan, dan jumlah masa yang diluangkan di platform tersebut.
Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.