ATLAS VENDING Membuka Jalan Bagi Golongan Berpendapatan Rendah Melalui Kempen Penyegar Dahaga RM1

ATLAS Vending Sdn Bhd, pengendali mesin layan diri dari Etika Sdn Bhd, salah satu pengeluar minuman jenama terkenal, telah mengumumkan pelancaran kerjasamanya dengan Kementerian Ekonomi dalam Kempen Penyegar Dahaga RM1.

Sebagai pengendali mesin layan diri makanan dan minuman (F&B) terbesar, ATLAS Vending
menetapkan misi untuk memperkasakan golongan berpendapatan rendah melalui penggunaan
mesin layan diri yang tersedia di seluruh negara. Dengan melaraskan komitmen tanggungjawab sosial
korporat (CSR) bersama dengan visi Kementerian untuk membantu lebih daripada 130,000 rakyat
Malaysia miskin tegar, inisiatif antara kedua-dua pihak ini juga bertujuan untuk menangani inflasi dan
pariti kuasa beli negara bagi menyokong ekonomi pekeliling.


ATLAS Vending merupakan pengendali mesin layan diri F&B terbesar di Malaysia & Singapura dengan
mempunyai kehadiran di setiap negeri. Impak yang dibawanya dapat dibuktikan melalui 3,210 mesin
yang berada di bawah inisiatif IPR RM1 di seluruh negara dan menunjukkan komitmen mereka ke
arah meluaskan perkhidmatan kepada orang ramai di seluruh negara.


Pengumuman perkongsian ini dan pelancaran mesin layan diri telah diadakan di KL Sentral pada hari
ini dengan kehadiran Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli. ATLAS Vending akan memperkenalkan mesin
layan diri pertamanya di bawah inisiatif minuman IPR. Tersedia untuk pembelian pada harga RM1
ialah tiga minuman di bawah Etika Group; Pepsi Black, botol air mineral dan Revive Isotonic.
Kesemuanya merupakan minuman sihat yang memenuhi garis panduan kerajaan dan membawa logo
Healthier Choice.

Ketua Pegawai Eksekutif Etika, Santharuban Thurai Sundaram berkata “Kami percaya setiap langkah
kecil boleh membawa perubahan yang besar. Dengan kerjasama ini, kami mengorak langkah untuk
memperkasakan masyarakat kita dengan setiap teguk minuman. Hari ini menandakan satu peristiwa
penting dalam perjalanan kami ke arah memberi impak positif kepada kehidupan rakyat Malaysia.”


Beliau juga berkata “ATLAS Vending berbangga untuk memperkenalkan mesin jualan minuman RM1,
dengan kerjasama bersama Kementerian Ekonomi Malaysia sebagai bukti komitmen kami terhadap
Inisiatif Pendapatan Rakyat. Kami amat berharap untuk membawa perubahan kepada rakyat dan
negara Malaysia. Kini, ia boleh dicapai melalui usaha kami menyediakan minuman dengan harga
mampu milik kepada semua rakyat Malaysia.”


Menteri Ekonomi, Yang Berhormat Tuan Rafizi Ramli berkata, “Matlamat kami adalah untuk
menyediakan pilihan mampu milik kepada semua rakyat Malaysia dan memastikan semua orang
dapat menikmati rehat seketika tanpa membebankan dompet mereka. Inisiatif ini bukan sekadar
untuk menghilangkan dahaga; ia menyemai semangat perpaduan dan kemakmuran bersama. Sejak
pelancaran inisiatif mesin layan diri di bawah IPR, ramai rakyat Malaysia daripada kumpulan
berpendapatan rendah telah mendapat manfaat daripada pilihan makanan mampu milik yang
disediakan oleh vendor yang mengendalikan mesin layan diri ini.


Beliau juga berkata “Kami percaya bahawa inisiatif ini bukan hanya mengenai minuman RM1 sahaja;
ia juga meliputi kerjasama bersama dengan rakan kongsi dan pihak berkepentingan untuk memberi
fokus terhadap keterangkuman sosial dan kebajikan rakyat Malaysia, salah satu aspek di bawah
Rancangan Malaysia Ke-12. Kami berbesar hati kerana mempunyai rakan kongsi seperti ATLAS
Vending untuk menerajui inisiatif ini dan membolehkan pihak kementerian merealisasikan visi
pengagihan manfaat yang saksama. Inisiatif ini merupakan salah satu langkah ke arah mencapainya.”


Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) telah dilancarkan pada Februari 2023 dan memberi tumpuan
kepada strategi serampang dua mata untuk meningkatkan pendapatan keluarga miskin tegar dan B40
sambil menangani isu ekonomi harian secara serentak melalui inisiatifnya. IPR menumpukan usaha
membasmi kemiskinan dan meningkatkan pendapatan rakyat melalui inisiatif dalam bidang
pertanian, perniagaan makanan dan penyedia perkhidmatan.


Di bawah IPR, pihak Kementerian memberi tumpuan kepada tiga modul utama untuk membasmi
kemiskinan dalam kalangan golongan berpendapatan rendah. Ini terdiri daripada Inisiatif Usahawan
Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).
Dengan pengumuman perkongsian antara ATLAS dan Kementerian Ekonomi, minuman RM1 ini akan
disediakan di seluruh negara di 3,210 mesin layan diri.


Kepakaran ATLAS Vending melangkaui penyelesaian penjualan makanan dan minuman. Mereka juga
memperkasakan jenama-jenama runcit melalui automasi mesin layan diri mereka seperti
perkongsian mereka bersama Siti Khadijah yang menyenangkan pemerolehan keperluan ibadah bagi
rakyat Malaysia. Jenama yang berminat untuk meneroka perkongsian bersama dengan ATLAS
Vending boleh menghubungi mereka di customercarelineMY@atlasasia.co

Untuk maklumat lanjut mengenai kerjasama ini, sila layari halaman Facebook ATLAS Vending di
https://www.facebook.com/atlasasia.co/. Untuk maklumat lanjut mengenai Inisiatif Pendapatan
Rakyat, sila layari https://ipr.epu.gov.my/about