ANDRA & THE BACKBONE AKAN MEMBUAT ‘PERSEMBAHAN SEMPURNA DI KUALA LUMPUR

ANDRA & THE BACKBONE AKAN MEMBUAT ‘PERSEMBAHAN SEMPURNA DI KUALA LUMPUR

Mungkin hanya sebahagian peminat muzik di Malaysia yang sedar akan kewujudan band Andra & The Backbone, terutamanya bagi mereka yang menggilai karya-karya ‘pendukung’ Dewa 19.

Bagi kelompok Baladewa dan Baladewi (gelaran untuk peminat Dewa 19), nama Andra pastinya bukan sesuatu yang asing. Walaupun muzik Andra & The Backbone lebih berat berbanding Dewa 19, terdapat persamaan yang menarik, terutamanya dalam lirik cinta yang begitu puitis.

Vokal Dedy yang mempunyai karakter ‘husky’ nampaknya sejajar dengan gaya muzik yang dipersembahkan oleh Andra & The Backbone. Ini bermaksud, gabungan idea Andra, Dedy, dan Stevie, yang juga merupakan ahli band death metal Deadsquad, menyuntik pelbagai warna menarik dalam band ini.

Dalam erti kata lain, gabungan bakat dari tiga individu yang berbeza ini menghasilkan pengalaman muzik yang unik. Sudah pasti, konsert mereka akan menjadi satu pengalaman yang mengagumkan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai konsert yang akan berlangsung seperti yang dinyatakan di atas. Datang dan bergabung dengan kami dalam satu malam yang pasti akan menjadi kenangan yang berharga.

Mungkin ada yang tidak tahu, band yang ditubuhkan pada 2006 ini sudah enam kali membuat persembahan di Kuala Lumpur.  Kali terakhir mereka menggalas tugas sebagai ‘opening Act’ untuk konsert Dewa 19 yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada tahun 2019.

Setelah 17 tahun membina empayar, ‘Andra & The Backbone’ sekali lagi di beri ruang untuk ‘Sempurna Di Kuala Lumpur’.  Konsert anjuran Qew Communications Sdn Bhd atau Qew Comm itu di jadual bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Disember nanti.

Bagi pihak Qew Comm, pihaknya melahirkan rasa teruja kerana dapat bekerjasama dengan Andra yang juga merupakan salah seorang gitaris Dewa 19.  Selain itu mereka juga percaya bahawa Andra & The Backbone punya kelompok peminat mereka sendiri.

Mereka juga percaya bukan hanya kelompok peminat rock tetapi peminat muzik ‘berat’ juga bakal hadir ke konsert itu nanti kerana ukhwah di kalangan mereka cukup kuat.

Menerusi jenama Andra And The Backbone mereka telah mengeluarkan empat album iaitu “Andra and the Backbone” pada tahun 2007, “Season 2 ” (2008) , “Love, Faith & Hope” (2010) serta album kompilasi “The Best Of Republik Cinta” (2011) .

Lagu hits mereka iaitu Sempurna yang diperkenalkan kembali oleh Gita Gutawa, “Lagi Dan Lagi”, “Dan Tidurlah”,  “Terdalam” , “Perih” , serta “Dengarkan Aku.

Bagi anda yang menggemari lagu-lagu yang sarat dengan mesej tersirat, ini peluang untuk menyaksikan kehebatan Andra dengan lebih dekat, apatah lagi beliau memilih untuk jadi anggota paling pendiam jika beraksi bersama Dewa19.

Konsert ‘Sempurna Di Kuala Lumpur’ bakal merungkai sisi sebenar Andra, Stevie dan Dedy yang pasti memberi momen indah dan lebih ‘intim’ sekaligus memaku kesempurnaan Andra & The Backbone. Tiket dengan harga RM169 (CAT 1), RM139 (CAT 2), RM289 (CAT 3), RM229 (CAT 4) dan RM4,000 (VIP) akan mula dijual bermula 12 Okt ini di myticket.asia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *