Ahli-ahli memperoleh sumbangan daripada KAPB

Ahli-ahli memperoleh sumbangan daripada KAPB

Bencana alam iaitu banjir telah melanda negara Malaysia terutamanya dikawasan Semenanjung baru-baru ini telah meninggalkan impak besar kepada mangsa bencana alam tersebut. Disebabkan itu, rakyat Malaysia yang terkesan amat memerlukan bantuan daripada pihak yang prihatin mengenai permasalahan ini.

Pada bulan Disember 2021, sejumlah ahli organisasi Koperasi Amanah Perlaburan Berhad yang terkesan akibat banjir telah membuat permohonan mengenai bantuan yang ditawarkan oleh KAPB. Diatas keprihatanan, KAPB telah mendengar suara ahlinya mengenai isu ini, bantuan bencana banjir telah diserahkan pada tarikh 8 Februari 2022 kepada ahli-ahli yang telah diluluskan permohonannya. Bantuan sejumlah RM 3,000 akan diberikan kepada setiap keluarga ahli pemohon.

“Kami amat prihatin dengan keperluan mereka yang tidak bernasib baik. Apabila rakyat dibendung kesusahan, sesama kita, manusia perlu mempunyai sifat keperimanusiaan untuk saling membantu dalam bentuk apa bentuk sekali pun. Sifat ini tidaklah terhad kepada individu ataupun pihak Kerajaan. Di sini, sukacitanya saya melaporkan bahawa KAPB menyambut baik saranan seperti ini dengan menghulurkan bantuan kewangan kepada ahli-ahlinya yang terkesan oleh bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini” ujar Dato Ilyas Mohamed selaku Pengerusi Eksekutif KAPB.

Seperti sedia maklum, Koperasi Amanah Perlaburan Berhad sebuah koperasi pelaburan perintis berperanan memberi perlindungan untuk situasi-situasi diluar jangkaan seperti bencana alam serta mengekalkan keharmonian kedudukan kewangan pada masa hadapan. Rakyat Malaysia diseru untuk menyertai keahlian KAPB demi kepentingan kehidupan mereka yang lebih baik pada masa akan datang.

Sebarang pertanyaan boleh ditujukan ke e-mel enquiry@kapb.com.my atau melayari pautan http://online.kapb.com.my/registration1.asp untuk membuat pendaftaran secara terus.