Agro Pelancongan Kuala Kangsar dan Cameron Highlands

agro pelancongan

 Road to Agro tourism

Majlis perasmian dan pelepasan konvoi Road to Agrotourism telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Kamarian binti Long, Timbalan Ketua Pengarah MARDI. Turut hadi dalam majlis tersebut adalah Pengarah Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta MARDI, Encik Azman Mohd Saad.

 

agro pelancongan
sidang akhbar agro pelancongan Kuala Kangsar Cameron Highlands

Poin konvoi bermula dari Institut Kemajuan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) Serdang menuju ke MARDI Kuala Kangsar dan seterusnya ke MARDI Cameron Highlands dan berakhir di Harriston Chocolate, Kuala Lumpur.  Anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan kerjasama MARDI dan MAEPS-MARDI Sdn Bhd.

Pengusaha zon selatan yang mengambil bahagian dalam siri pertama telah menerima permintaan terlalu tinggi terutama pada musim cuti sekolah. Hal ini memberi perkembangan positif ini menandakan matlamat program itu berjaya dicapai dalam membantu pengusaha agropelancongan meningkatkan jualan perniagaan pengusaha agro menurut Presiden MTC, Uzaidi Udanis.

 Objektif program adalah mempromosikan hasil pertanian dan perladangan.  Program ini turut mengetengahkan lokasi penempatan, makanan daerah, kraf tangan, kebudayaan dan kesenian komuniti setempat. Terdapat 6 zon khas bagi program road to agritourism dan berkemungkinan akan bertambah memandangkan sambutan menggalakkan. Setiap zon mempunyai ciri khas pertanian dan kebudayaan iaitu Zon Selatan (Johor), Zon Tengah (Perak & Pahang), Zon Utara (Pulau Pinang & Kedah), Pantai Timur (Terengganu), Sabah dan Sarawak. Justeru, MTC akan meneruskan program ini ke seluruh negara menerusi siri-siri seterusnya.

agrotourim
konvoi agro pelancongan

Program MTC dan MARDI ini telah disertai oleh wakil media cetak dan media elektronik, wakil jabatan dan agensi pelancongan  Malahan program kali ini lebih unik dengan penyertaan CAM Caravan yang merupakan ‘motorhome’ pertama di Malaysia. konsep pengembaraan menaiki caravan menjelajah ke destinasi agropelancongan. Hal ini merupakan peluang keemasan kepada CAM Caravan kepada para pengunjung di lokasi agro melihat dengan lebih dekat dan merasai pengalaman menaiki karavan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *