CelcomDigi, SoftBank dan SC-NEX jalin kerjasama

Dari kiri: Kudo, Idham, Fahmi dan Okawara pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara CelcomDigi, SoftBank dan SC-NEX yang diadakan di Kuala Lumpur pada Isnin.

Dari kiri: Kudo, Idham, Fahmi dan Okawara pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara CelcomDigi, SoftBank dan SC-NEX yang diadakan di Kuala Lumpur pada Isnin.

CELCOMDIGI Berhad (CelcomDigi) telah bekerjasama dengan dua organisasi teknologi global terkemuka, iaitu SoftBank Corp dan SC-NEX, sebuah anak syarikat Sumitomo Corporation untuk memacu digitalisasi perusahaan di Malaysia menerusi penyelesaian Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Perjanjian kerjasama itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi, Naib Presiden dan Ketua Bahagian Perniagaan Global SoftBank, Kimimasa Kudo dan Ketua Pegawai Eksekutif SC-NEX, Jun Okawara serta disaksikan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang diadakan di Kuala Lumpur pada Isnin.

CelcomDigi dalam satu kenyataan berkata, kerjasama itu dilaksanakan menerusi Pusat Inovasi CelcomDigi dan akan memanfaatkan kepakaran SoftBank dan SC-NEX dalam penyelesaian Kecerdasan Buatan (AI), robotik dan analitik.

“Menerusi kerjasama tersebut, CelcomDigi akan terus meneroka kolaborasi bersama untuk penyelesaian IR4.0, bermula dengan industri Agroteknologi dan Bandar Pintar, dengan sokongan rangkaian 4G LTE dan 5G CelcomDigi yang paling luas.

Sumber