BAHAN-BAHAN:
500 mililiter (ml) air
6 gram (g) agar-agar
250 ml susu sejat
1 sudu kecil esen vanila
14 paket kecil pemanis Pal Sweet
50g buah-buahan campuran di dalam tin (dipotong kecil)
50g buah laici (dipotong kecil)
50g nanas (dipotong kecil)
50g Nata de Coco (dipotong kecil)
CARA PENYEDIAAN:
1. Didihkan air dan agar-agar.
2. Apabila agar-agar telah larut masukkan susu sejat dan esen vanila. Kacau sebati.
3. Tutup api lalu masukkan Pemanis Pal-Sweet.
4. Kacau rata dan tapis campuran agar-agar tersebut.
5. Selepas itu, letak buah-buahan dan nata de coco di dalam acuan serta tuangkan campuran agar-agar.
6. Biarkan sejuk seketika dan masukkan ke dalam peti sejuk selama tiga jam.
7. Keluarkan puding dari acuan dan sedia untuk dihidang.
*Potongan buah-buahan segar adalah mengikut kegemaran anda.
*Cadangan hidangan antara empat hingga enam orang
Sumber: www.ajinomoto.com.my