SAJIAN ISTIMEWA HARI RAYA AIDILFITRI

NASI HUJAN PANAS

Bahan-Bahan:

  • 4 cawan beras basmati
  • 4 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 2 helai daun pandan (simpul)
  • 1 kiub ayam
  • 4 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1cm halia (ditumbuk)
  • Rempah 4 sekawan (Bunga lawang, cengkih, pelaga, kulit kayu manis)
  • Minyak
  • Pewarna merah,hijau dan kuning
  • Hirisan ketumbar,gajus dan kismis

Cara – cara memasak:

  1. Beras dicuci bersih dah direndam selama 1 jam (setengah jam pun boleh). Kemudian toskan.
  2. Masukkan air dan daun pandan ke dalam periuk nasi.
  3. Dalam periuk yang berasingan, panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan & bahan tumbuk hingga naik bau.
  4. Masukkan beras,susu cair dan kiub ayam dan kacau sehingga sebati.
  5. Pindahkan beras tadi ke dalam periuk nasi yang telah dimasukkan air tadi. Kacau-kacau beras.
  6. Bila nasi sudah masak buat lubang kecil-kecil pada nasi menggunakan sudu dan titiskan warna merah, kuning dan hijau.
  7. Gaul sehingga pewarna tadi bercampur dengan nasi.
  8. Taburkan daun ketumbar, gajus dan kismis sebelum dihidang.

AYAM MASAK MERAH

Bahan – bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit

Bahan kisar:

  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato

Bahan hias:

  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • Kacang hijau secukupnya

Cara – cara memasak:

  1. Bersihkan ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah masukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Gaulkan sehingga serata kuah dan ayam.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

RENDANG DAGING

Bahan-bahan:

  • 60gm Serbuk Kari Daging
  • 100gm Kerisik Kelapa (digoreng sehingga kuning keemasan)
  • 1kg Daging
  • 4 helai Daun Limau Purut
  • 2 helai Daun Kunyit
  • 3 batang Serai
  • 1 liter Santan
  • 2 keping Asam Keping
  • 1 ketul Gula Melaka
  • 250ml Air
  • Garam
  • Minyak

Bahan-bahan Dikisar:

  • 7 biji Bawang Merah
  • 5 biji Bawang Putih
  • 10 biji Cili Padi
  • 4cm Kunyit Hidup
  • 4cm Halia
  • 2cm Lengkuas

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging dan serbuk kari daging.
  3. Masukkan santan, daun limau purut, daun kunyit, asam keping, serai dan air.
  4. Kacau rata sehingga air mendidih. Tambahkan gula melaka dan kerisik kelapa.
  5. Perlahankan api dan mereneh selama 1 jam setengah.
  6. Hidangkan dengan Nasi Himpit.

SAYUR LODEH/LONTONG

Bahan-bahan:

  • 500gm Udang (saiz sederhana)
  • 50gm “Fucuk” (direndam sehingga lembut)
  • 50gm “Suhun” (direndam sehingga lembut)
  • 100gm Tempe (dipotong kepingan)
  • 150gm Lobak Merah (dipotong panjang 1.5 inch)
  • 150gm Kacang Panjang (dipotong panjang 1.5 inch)
  • 3 batang Serai
  • 2 ketul Taukua (dipotong dadu dan digoreng)
  • 1 liter Santan
  • 500ml Air
  • Garam
  • Minyak

Bahan-bahan Dikisar:

  • 2 biji Bawang Besar
  • 10 biji Bawang Merah 
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 2cm Kunyit Hidup
  • 30gm Udang Kering

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan dikisar sehingga naik bau. 
  2. Masukkan udang dan santan. Kemudian, tambahkan air. Kacau rata sehingga mendidih. 
  3. Masukkan tempe, lobak merah, kacang panjang dan “Fucuk”.Masak selama 3 minit.
  4. Tambahkan serai dan taukua.
  5. Masak dengan api sederhana. 
  6. Masukkan “Suhun”. 
  7. Hidangkan semasa panas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *