Tuah bawa pulang Honda HR-V RS

Tuah bawa pulang Honda HR-V RS

PEMENANG utama Pertandingan Guardian’s, ‘Jom Ber-Fabulous’, Bong Siew Mooi berjaya bawa pulang sebuah kereta Honda HR-V RS bernilai lebih RM120,000 pada satu majlis yang berlangsung di Subang Jaya, baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, Guardian memberitahu, pertandingan itu diadakan bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019 pada Mac lalu.

Siew Mooi berkata, dirinya sangat gembira dan tidak menyangka memenangi hadiah utama.

“Kereta baharu ini akan berguna untuk saya dan keluarga. Terima kasih Guardian!” katanya dalam satu kenyataan.Sementara itu, Fariza Shabudin dari Kuala Lumpur memenangi hadiah kedua iaitu percutian ‘Exotic Dubai’ selama lima hari dengan pengalaman mewah.

Long Jla Hao pula berjaya memenangi hadiah ketiga berupa lawatan tiga hari di Maldives dengan pengalaman spa mengujakan.

Hadiah keempat iaitu lawatan empat hari ke Bali, Indonesia berjaya diraih oleh Zuraini Sulaiman, sementara 20 peserta lain memenangi hadiah baucar Guardian bernilai RM500 setiap satu.

Dalam pada itu, Pengarah Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Asia Tenggara dan Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, DY Cho berkata, pihaknya menjalankan banyak kempen dan promosi menarik sepanjang tahun.

“Namun, Pertandingan Guardian’s, ‘Jom Ber-Fabulous’ bertujuan memberi pengiktirafan terhadap peranan wanita dalam kesejahteraan keluarga, bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa,” katanya.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *