Tompok panau seluruh badan

Tompok panau seluruh badan

Anda musykil doktor jawab

SOALAN 1

DOKTOR, saya sudah lama mempunyai masalah panau pada seluruh tubuh. Ia kelihatan seperti kelopak bunga dan apabila digaru, lama-kelamaan kulit saya menjadi kering. Doktor, apakah penyakit sebenar yang saya hadapi itu? Bolehkah panau itu dihilangkan kerana jumlahnya begitu banyak meliputi seluruh badan? – INSAN MALU, ABDULLAH DERAMAN, 36, MUADZAM SHAH, KEDAH

PANAU boleh berjangkit jika seseorang tidak mempunyai antibodi yang kuat.

PANAU boleh berjangkit jika seseorang tidak mempunyai antibodi yang kuat.

JAWAPAN:

TUAN, panau atau nama saintifiknya tinea versicolar ialah sejenis jangkitan kulit yang disebabkan oleh kulat daripada jenis genus malassezia.

Kulat tinea versicolar adalah jangkitan kulat biasa pada kulit yang mengganggu pigmentasi kulit normal menghasilkan bentuk-bentuk kecil dan berubah-ubah.

Penyakit panau itu bukan sahaja berlaku kepada manusia, tetapi boleh terkena kepada haiwan juga.

Tanda-tanda jangkitan panau boleh dilihat pada bahagian dada, badan, lengan, muka, kaki dan beberapa bahagian lain yang kerap berpeluh.

Untuk melihat ciri-ciri jangkitan panau itu, terdapat tompok jelas berwarna putih, merah jambu atau coklat dengan permukaan yang berdebu halus.

Tompok-tompok berkenaan berbentuk bulat atau bujur dan ada kalanya bercantum. Bukan itu sahaja, sesetengah pesakit berasa gatal pada bahagian yang terlibat.

Tidak mengira umur Sebenarnya masalah panau boleh melibatkan semua peringkat umur. Pesakit yang kekurangan zat makanan, mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik dan immunosuppressant terutama mereka yang kerap mendapat panau.

Begitu juga dengan pesakit hyperhidrosis atau peluh yang berlebihan. Untuk pengetahuan tuan, secara teori, panau memang boleh berjangkit. Ia bergantung pada sistem imun seseorang itu bagi mencegah daripada dijangkiti.

Pun demikian, usah risau kerana ramai orang dewasa mempunyai masalah kulat dan ia tidak mendatangkan apa-apa masalah.

Doktor akan merawat bahagian bermasalah. Jika melibatkan panau yang kecil, doktor akan berikan ubat krim sahaja. Sekiranya panau banyak, doktor akan berikan ubat makan systemic atau kedua-duanya.

Pesakit turut dinasihati untuk menjaga kebersihan dan mengawal kelembapan di kawasan lipatan kulit atau sendi.

Masalah panau yang dihadapi boleh sembuh dengan rawatan diberikan. Cuma ia mengambil masa lama, mungkin berbulan-bulan atau bertahun untuk membolehkan warna kulit kembali seperti sedia kala.

Tidak tahan kulit terlampau gatal celah paha

SOALAN 2

JANGKITAN kulat menyerang kawasan mudah berpeluh seperti pangkal paha, punggung, alat kelamin, ketiak dan tapak kaki.

JANGKITAN kulat menyerang kawasan mudah berpeluh seperti pangkal paha, punggung, alat kelamin, ketiak dan tapak kaki.

DOKTOR, saya sering menggaru pada bahagian celah paha kerana terlampau gatal. Kulit yang digaru kelihatan seperti kelemumur. Saya ingin bertanya adakah ia sejenis kurap? Adakah penyebabnya kerana memakai seluar terlalu lama? Bagaimana mengubatinya? – SEGAN, AMIRA HUSSIEN, 34, GUA MUSANG, KELANTAN.

JAWAPAN:

PUAN, berdasarkan keterangan yang diberikan ia disebabkan oleh jangkitan kulat.

Jangkitan kulat ini menyerang kawasan yang mengeluarkan banyak peluh seperti pangkal paha, punggung, alat kelamin, ketiak dan tapak kaki.

Ia juga berlaku apabila terdapat kelembapan pada kawasan lipatan kulit dan faktor kebersihan terutama yang berdekatan dengan tempat pembuangan air atau najis.

Biasanya pemakaian seluar tidak mempengaruhi keadaan itu.

Sebaliknya jika memakai terlalu ketat atau lama, ia boleh menjejaskan pengaliran udara dan menambah kelembapan yang sedia ada.

Tanda-tanda jangkitan termasuklah kegatalan, ruam, bersisik, kemerahan terutama selepas digaru.

Bagi merawat masalah anda itu, puan harus membuat beberapa rawatan penjagaan kesihatan. Keringkan sepenuhnya bahagian celah paha selepas mandi atau membuang air besar dan letakkan kapas jika masih ada masalah kelembapan berlebihan.

Pesakit turut diberikan ubat jika ia disebabkan oleh jangkitan kulat. Ubat rawatan topikal (sapu) boleh digunakan dengan nasihat doktor dan jika masih bermasalah pesakit perlu memakan ubat.

Dapatkan rawatan segera jangan menggaru terlalu kerap kerana boleh menyebakan kulit menjadi tebal dan hitam akibat keradangan.

Selain itu, pesakit dinasihati agar berhati-hati ketika menggaru bimbang kulit akan terkoyak dan boleh menyebabkan jangkitan bakteria yang lain.

Puan perlu mengunjungi doktor untuk mendapatkan diagonosis yang tepat supaya boleh mendapatkan rawatan yang sesuai.

Profil

DR ZAHARIL

DR ZAHARIL

Prof Dr Arman Zaharil Mat Saad merupakan Pakar Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif, Pusat Perubatan MSU.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *