Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Thai Airasia perkenal laluan Phuket-Phnom Penh mulai Jun ini
  • ACTIVITY

Thai Airasia perkenal laluan Phuket-Phnom Penh mulai Jun ini

Helmi Aziz April 1, 2019 2 minutes read
248719.jpg

BANGKOK – Thai AirAsia akan menawarkan penerbangan dari Phuket ke Phnom Penh, Kemboja mulai 1 Jun ini sekali gus menjadikannya laluan antarabangsa kesembilan dari pulau itu bagi syarikat penerbangan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif, Santisuk Klongchaiya berkata penerbangan langsung empat kali seminggu itu merupakan sebahagian pewujudan rangkaian Thai AirAsia merentasi Asia dengan pasaran Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam yang semakin berkembang baik — sumber utama pelancongan Thailand.

Beliau berkata Thai AirAsia merancang bagi membangunkan rangkaian destinasi kukuh demi menyediakan kemudahan lebih luas kepada pengembara supaya tidak perlu lagi singgah di Bangkok.

“Phuket adalah lokasi penerbangan strategik penting bagi AIrAsia. Ia sedang berkembang kukuh seiring dengan penambahan penerbangan langsung ke bandar di Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam seperti Siem Reap.

“Susulan maklum balas positif yang diterima daripada pengembara antarabangsa, kami memutuskan untuk memperkenalkan laluan Phuket-Phnom Penh yang akan memberi perkhidmatan kepada pelancong dan komuniti perniagaan dari kedua-dua negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Thai AirAsia ketika ini menawarkan penerbangan bagi lapan laluan antarabangsa dari Phuket iaitu masing-masing ke Wuhan, Kunming, Hong Kong ( China); Macau (Taiwan); Siem Reap (Kemboja); Singapura; Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Penerbangan ke Phnom Penh akan ditawarkan pada setiap Isnin, Selasa, Jumaat dan Sabtu.

Sebagai sebahagian promosi bagi laluan ini, syarikat itu menawarkan tambang promosi mulai hanya THB990 sehala dengan tempahan tiket bermula hari ini hingga 14 April, 2019 bagi perjalanan antara 1 Jun dan 26 Oktober 2019. -Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Kisah hebat Masjid Tengkera Melaka
Next: Kenali ciri-ciri lelaki playboy!

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.