SP Setia rangkul anugerah Emas Dunia berganda

SP Setia rangkul anugerah Emas Dunia berganda

SP Setia berjaya rangkul dua anugerah berprestij di FIABCI World Prix d’Excellence Awards di Miami, Florida.

SP Setia berjaya rangkul dua anugerah berprestij di FIABCI World Prix d’Excellence Awards di Miami, Florida.

SHAH ALAM – SP Setia Berhad merangkul kemenangan berganda Emas Dunia di FIABCI World Prix d’Excellence Awards 2023 di Miami, Florida dan mencatat rekod sebagai pemaju hartanah Malaysia dengan kemenangan terbanyak iaitu 17 Emas Dunia.

Antara pengiktirafan yang diterima adalah anugerah teratas dalam kategori pelan induk yang berjaya dirangkul oleh Setia Eco Templer di Rawang manakala Setia V Residences, Pulau Pinang turut menduduki tempat teratas di bawah kategori kediaman bertingkat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia Berhad, Datuk Choong Kai Wai berkata, Setia Eco Templer seluas 78.5 hektar dengan konsep ‘Legend of Nine Creeks’ kerana sembilan anak sungai tersedia secara semula jadi telah dipelihara semasa pembangunannya.

“Setia V Residences pula merupakan pembangunan kediaman tertinggi di Pulau Pinang yang menyediakan pemandangan indah Lautan Hindi dan langit negeri berkenaan.

“Jadi apabila sekali lagi diiktiraf oleh anugerah berprestij itu, ia membuktikan bahawa usaha syarikat adalah bersifat berterusan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada masa sama, Kai Wai menjelaskan bahawa SP Setia mahu komuniti dan generasi dapat membentuk hari yang mendatang dengan lebih balik melalui rumah serta ruang yang dibina.

Tambahnya, fokus syarikat mahu mencipta masa depan yang lebih hijau dan komited untuk menjadi pemacu perubahan dengan menukar cara hidup, menyepadukan amalan mampan melalui pembangunan dan operasi.

“Kami juga mahu mencipta ruang yang boleh memberi inspirasi menerusi Pelan Hala Tuju Kelestarian yang dilancarkan baru-baru ini dan menyasarkan untuk mencapai sifar bersih menjelang 2050,” ujarnya.

Sebelum ini juga Setia Eco Templer dan Setia V Residences juga merupakan pemenang di bawah kategori Pelan Induk dan Kediaman Bertingkat di Anugerah Hartanah FIABCI Malaysia 2022 pada Mac tahun ini.

Sumber